kroll
Step 1.Klik kanan butang kanan tetikus anda pada desktop dan pilih New >> Shortcut.

Step 2.Tampal baris dibawah ini pada lokasi shortcut anda:
%windir%\System32\rundll32.exe user32.dll,LockWorkStation

Step 3.Klik Next,dan beri nama pada shortcut anda,contoh ‘Fast Logout’.

Step 4.Anda boleh tambah shortcut ke “Start” dan letak icon baru supaya nampak lebih professional.

Paparan:



kroll
Yoonic telah dilancarkan. Dan apa yang menariknya mengenai Yoonic ialah, ianya adalah produk buatan anak Malaysia. Kini, anda boleh menonton rancangan yang anda minat hanya dengan melalui Yoonic tanpa sebarang bayaran. Walaupun kos servernya yang agak tinggi, pihak Yoonic bercadang untuk memberikan tempoh perubaan selama 2 bulan secara percuma. Kemungkinan besar, sekiranya ramai pengiklan yang menggunakan Yoonic untuk beriklan, ianya akan kekal percuma untuk selamanya.

Sebelum dapat menggunakannya, anda haruslah memasang perisian Yoonic di komputer anda. Dengan menggunakan broadband, ianya mengambil masa lebih kurang 2 minit untuk perisian tersebut dimuat turun dan dipasang.

Proses memuat-turun perisian Yoonic.tv

Selesai dimuat-turun, perisian tersebut akan memasang (install) ke komputer anda secara automatik. Selepas beberapa saat, perisian tersebut akan berjalan dalam keadaan full-screen. Anda tidak perlu bimbang sekiranya monitor anda menjadi gelap untuk seketika.
Proses Loading Yoonic.tv

Sama seperti Joost, anda juga memerlukan ID untuk log masuk kedalam Yoonic.tv. Tetapi, buat masa terdekat ini, anda boleh mendaftar secara percuma tanpa sebarang invitation atau bayaran. Selesai mendaftar, anda boleh log masuk ke dalam Yoonic.tv.
Halaman Log Masuk Yoonic.tv

Selesai log masuk, anda dapat melihat menu utama mereka yang mana memaparkan beberapa rancangan menarik yang terdapat dalam Yoonic.
Menu Utama Yoonic.tv

Mungkin ramai yang tertanya mengenai kelainan Yoonic.tv berbanding dengan Joost. Apa yang menariknya ialah ianya ada menyediakan rancangan dan saluran tempatan seperti RTM1, RTM2 dan kesemua saluran Media Prima. Walaubagaimanapun, buat masa terdekat ini, hanya RTM1 sahaja yang dapat ditonton, manakala selebihnya dalam proses lagi.

Rancangan Tempatan di Yoonic.TV

Walaubagaimanapun, untuk setiap video atau rancangan yang anda ingin tonton, ianya akan didahului oleh iklan penaja. Iklan ini disediakan supaya para penonton tidak bosan menunggu rancangan kegemaran mereka sementara loading.
Dan satu lagi fungsi menarik ialah, sama seperti Astro, anda dapat melihat info-info berkaitan rancangan atau saluran yang anda sedang tonton.

Suatu lagi inovasi daripada Syqic untuk pengguna tempatan. Oleh kerana Yoonic.tv masih dalam peringkat beta, mungkin mengalami sedikit masalah. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda boleh menghubungi pihak berkaitan dan memberitahu mengenainya.Untuk mendapatkan Yoonic.tv anda boleh klick disini.Yoonic.tv