kroll
1. Seperti anjing jantan dengan anjing betina.
Maknanya: Dua orang yang pantang bertemu… asyik nak beromen aje.

2. Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik jugak dia hinggap.
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu… kalau dia berenti…. akhirnya dia gerenti start balik punyer.

3. Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masuk ke sukan Olimpik.
Maknanya : Jangan macam bagus….pasal yang macam bagus tu selalunya tak bagus. jadi kena ler betul-betul bagus.

4. Biar putih tulang jangan putih muker.
Maknanya: Kalau surat beranak dah letak nama orang Melayu jangan berlagak nak jadi Mat Salleh pulak……be proud of what you are.

5. Seperti mencurah air ke jamban tersumbat
Maknanya: Kalau dah beribu kali flush pun bender tak clear jugak…..pergi panggil plumber jer…..or….kacau sampai hancur and try flushing again, another way is to kutip satu-satu dan buang tempat lain. (Eeee….. GELI)

6. Kalau tidak ada angin macam mana satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentotlah tu…

7. Seperti kacang lupakan nama.
Maknanya: Orang yang tak sedar diri….tak kenang jasa baik orang yang mula-mula mempopularkan dia.

8. Ada udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jangan sangka yang dok berdua kat tempat sunyi tu ada berdua jer….check betul-betul, mesti ada sorang lagi kat bawah ke….tengah ke…baring ke.Sapa lagi kalau bukan nates (SETAN LA)wakakaka

9. Biar mati anak jangan mati pucuk
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak?

10. Sudah jatuh ditimpa piano
Maknanya: Nasib malang yang tak agak-agak.

11. Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.
Maknanya: ….Maknanya, …..Maknanya, jangan nak tersengeh-sengeh kat depan PC… pi buat kerje skarang!
kroll


Sebuah speaker yang boleh tahan sengat ni....Sesuai dijadikan sistem audio ketika menonton filem-filem aksi. Kalau korang nak tahu inilah sebuah speaker OMNIPOLAR  ( penghasilan kesan bunyi 360' ) yang terkecil di dunia buat masa sekarang ni. Speaker ini sama hebat seperti keluaran popular diorang Omnisat dan Omnisat Micro, cuma kali ini ia lebih kompak dan padat. Jadi aku jamin kalau korang layan speaker ni gerenti jelas korang dapat dengar, tapi jangan sampai jiran-jiran korang tu serang rumah korang dah la...... Harganya jugak boleh tahan hebatnya..... Harganya ialah RM3041
Label: 0 ulasan | edit post
kroll


Ini kasut untuk korang yang tidak memerlukan kasut bereka bentuk stylo. Ia diperbuat dengan kulit sepenuhnya untuk mencapai tahap ketahanan yang lebih lama. Terdapat 2 warna sederhana yang boleh dijadikan koleksi. Dengan adanya teknologi 3D Tarsion, ia mampu membuatkan tapak tengah kaki korang berasa selesa apabila korang mengunakannya. Rasanya dengan harga yang ditawarkan korang mampu memilikinya. Harga dia ialah RM239 jer.....
Label: 0 ulasan | edit post
kroll



Cun tak MP3 player ni....? Ha.... ni made in japan punya MP3 player. Bukan saja cantik dari segi penampilannya, tapi fungsinya juga special berbanding MP3 player yang lain. Kalau korang suka mendegar lagu ketika madi, apa kata korang beli 1 produk ni. Nak bawa masuk dalam bathroom...? No problem sebab MP3 player ni kalis air atau waterproof. Setakat terkena percikan air mandian pun tak ada masalah, malah kalau nak rendam dalam kolam pun ia masih lagi berfungsi seperti biasa. Jadi anda taklah boring lagi kalau pergi swimming seorang diri sebab gajet ini bersedia menjadi peneman setia anda.

Dilengkapi dengan navigator layar LED dan ia dapat bertahan sehingga 12jam memutar lagu tanpa henti dengan hanya mengunakan 3 biji bateri biasa. Tapi sayang....... Harganya masih lagi mahal dipasaran sekarang..... Harganya ialah RM500.....
Label: 0 ulasan | edit post
kroll


Sekuel game Resident Evil telah sampai ke edisi yang kelima. Ia masih mengekalkan jalan cerita lama iaitu, serangan zombie yang belum berakhir. Penampilan perdana game RE5 di console next generation kali ni lebih menakjubkan berbanding sekuel sebelum ni.

Dengan grafik yang halus, respons yang lebih baik, sound multi channel dan gameplay yang istimewa akan membawa player ke pertarungan yang lebih mendebarkan bersama Chris dan Shera di Afrika.

Bukan saja game tapi collector edition RE5 kali ni sangat mengiurkan untuk dijadikan koleksi. Set original gaem ini didatangkan bersama custom made steel disc, bonus disc dengan special feature, sebuah Tricell messenger bag, action figure Chris Redfield, BSAA patch dan kalung kijuju.
Hmmmmm........ Sekuel yang sempurna dengan pack yang wajib dimiliki........ Dapatkanya dengan segera...... Platfrom PS3, Xbox 360, PC




Label: 0 ulasan | edit post
kroll
Mimpi adalah komunikasi antara tubuh, fikiran dan jiwa kita.
Berikut ialah beberapa fakta menarik mengenai mimpi........

1: Orang buta juga bermimpi, tapi mereka tidak melihat visual, cuma bermimpi tentang suara, sentuhan dan emosi yang mereka rasakan.

2: 90 peratus mimpi akan dilupakan setelah 5minit terjaga dari tidur, anda akan melupukan 50 peratus mimpi yang dilalui, 10 minit kemudian, 90 peratus jalan cerita mimpi anda akan lenyap.

3: Rangsagan luar jugak mempengaruhi mimpi, ia disebut Dream Incorporation. Mungkin kadang-kadang kita bermimpi mendengar lagu dari radio atau suara yang keluar dari TV. Pernahkah anda alaminya...?

4: Hanya bermimpi apa yang anda ketahui. Kadang-kadang kita tak tahu atau tak kenal orang yang wujud dalam mimpi kita tu. Tapi yang sebenarnya, objek tersebut bukan diciptakan oleh otak tapi kita pernah lihat cuma kita jer yang tak ingat.

5: Mimpi warna dan hitam putih. Mengikut kajian, 12 peratus orang normal mengalami mimpi hitan dan putih. Maksudnya tak ada warnalah...... Yang selebihnya bermipi berwarna penuh......

Renungkanlah dan anda fikir la adakah ianya pernah berlaku pada anda......
Label: 1 ulasan | edit post