Memaparkan catatan dengan label Phone. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Phone. Papar semua catatan
kroll


Opera telah memperkenalkan versi terbarunya pelayar begerak untuk telefon binbit. Berbeza dengan Opera Mini versi 3, yang membuka laman-laman web penuh dengan versi mesra pegguna, versi 4 matlamat untuk direplikakan komputer meja untuk memberi pengalaman yang berbeza di samping menyediakan satu imej-imej yang kecil halaman web penuh, membenarkan pengguna untuk gulungan kertas sekitar dan membesarkan ke dalam di bahagian-bahagian atau halaman-halaman yang mereka mahu untuk membaca.



Tajuk-tajuk utama dan gambar-gambar adalah masih sebahagian besar tidak dapat difahami daripada pratonton awal, tetapi jika anda telah memahami halaman-halaman yang anda selalu layar ianya pasti memudahkan lagi peggunaan untuk anda. Ianya juga terdapat mod lanskap, untuk kesan bantuan ianya juga dapat dilayari untuk telefon yang skrin lebar. Mini 4 juga boleh diselaraskan seperti pelayar Opera seperti dikomputer meja.Anda juga dapat berkongsi booksmarks. Anda boleh mendapatkan Opera mini ini dengan klik disini.
kroll
PEMBUAT telefon bimbit terkemuka, Motorola bekerjasama dengan pencipta telefon bimbit mewah, Alexander Amosu untuk mengeluarkan set kepala Bluetooth pertama di dunia diperbuat daripada emas bertatahkan berlian.

MOTOPURE H12, set kepala edisi terhad untuk penampilan mewah diperbuat dari emas 18K, bertatahkan lebih 180 berlian 3.57 karat.


Boleh diperoleh dengan menempah dan didatangkan dengan pilihan warna emas kuning atau putih dan pilihan tambahan untuk diseragamkan dengan warna putih, merah jambu atau hitam.

Set kepala itu didatangkan dengan versi penuh atau separuh pada harga 4,000 paun (kira-kira RM27,145) dan 6,250 paun (RM42,414). Hanya boleh dijual secara eksklusif di Selfridges (London/Manchester) dan Harvey Nicholls (London).

Motorola membawa komunikasi ke dalam fesyen berkeupayaan tinggi, yang bukan saja ada gaya, malah set kepala pertama dilengkapi teknologi CrystalTalk yang akan membuang bunyi sekeliling untuk lebih memudahkan perbualan.
Label: , 0 ulasan | edit post
kroll
Pernah terbayang anda berhak untuk mendapat, mengguna,mengubah dan mengagihkan perisian dan perkakasan pada telefon bimbit anda? Kini, OpenMoko, telah memulakan usaha menghasilkan telefon bimbit pertama yg menggunakan platform sumber terbuka atau Open Source. Dan inilah hasilnya..

openmoko - neo1973

Neo1973 - Telefon Pintar menggunakan platform OpenMoko.

Neo1973 ini dikira sebagai sumber terbuka degan sebenar-benar bebas pada perisian dan juga perkakasan. Jika telefon bimbit yg lain, kita dihalang dari meneroka potensi dan membuat sebarang modifikasi terhadap perkakasan. Tetapi dengan platform OpenMoko ini, potensi telefon bimbit ini dikembangkan lagi kepada tahap yg lebih jauh. Pembangun dan mungkin penggodam perkakasan (Hardware Hacker) boleh mengkaji dan memperbaiki sebarang kekurangan pada peranti ini melalui PCB. Keterbukaan Platform Open Moko ini boleh dirumuskan dalam petikan Bahasa Inggeris ini:

Like Make Magazine we believe “If you can’t open it, you don’t own it”.
Others try their best to lock us out of the devices we buy, but, Neo’s are built for you to open. You can take the casing apart and get at the PCB. Opt for the Neo Advanced kit and we’ll give you a special screwdriver (the Neo cracker) and plastic guitar pick to make opening this device even easier. Go ahead, open your Neo. Make our day.

Seperti biasa, untuk mereka yg mengikuti perkembangan pergerakan perisian percuma dan gerakan untuk sumber terbuka ini, mereka tahu bagaimana kekuatan sumber terbuka untuk perisian-perisian dalam Neo1973 ini. Jadi pengguna bebas untuk memasukkan perisian ygdisukai dan membuang apa yg tidak mahu diguna, sama seperti sebuah komputer peribadi, cuma ianya adalah telefon bimbit pintar.

Golongan anti-iPhone juga menyokong usahaini, dan ade di antaranya membuat perbandingan antara kedua-dua peranti.

iphone vs neo1973.

Nama Neo1973 merujuk pada Dr Martin Cooper yg membuat panggilan pertama menggunakan telefon bimbit pada tahun 1973.

Buat masa sekarang, Neo1973 hanya dipasarkan kepada mereka yg terdiri dari pembangun program perisian atau perkakasan sahaja. Pengguna biasa akan dapat melalui pengalaman menggunakannya akan datang.

Ini spesifikasi Neo1973 setakat sekarang:

* 120.7 x 62 x 18.5 (mm)
* 2.8″ VGA (480×640) Skrin TFT
* Samsung s3c2410 SoC @ 266 MHz
* Cip Global Locate AGPS
* Ti GPRS (2.5G not EDGE)
* USB 1.1 Tanpa Kuasa
* Skrin Sesentuh
* Slot Micro-SD
* 2.5mm jek audio
* 2 butang tambahan
* 1200 mAh bateri (dicas dengan USB)
* 128 MB SDRAM
* 64 MB NAND Flash
* Bluetooth (2.0)

Label: 0 ulasan | edit post
kroll
Okey tricks kali ini aku akan berkongsi bagimana hendak format semula handset model nokia, seperti yang sudah maklum Virus di pelantar handset Nokia paling banyak tersebar dan wujud, dan virus untuk komputer di pelantar Windows . Ikut langkah dibawah bagaimana hendak format handset nokia, sebelum itu pastikan handset korang mempunyai batri yang mengcukupi sebelum melakukan tricks ringkas ini.

Semudah 1,2,3 dan ikut urutan langkah ini satu-persatu:-
  • Tekan butang dail (green button)
  • Butang bernombor 3
  • Tekan butang bintang * (star)
  • On handset korang
  • Jangan lepas satu butang pun hinggalah screen menunjukkan abjad FORMAT
  • Masa yang diperlukan hanya 5 minit.
Harus diingat kesemua buku talifon dam message yang disimpan didalam handset berkenaan turut diformat dan keadaan handset korang bakal berfungsi dengan pantas seperti baru dibeli.Cara ini hanya berfungsi kepada modek nokia N-GAGE dan 6600 sahaja.Anda tidak perlu risau tentang MMC anda kerana ianya tidak di format sekali.So apa-apa yang penting yang ada didalam MMC anda tidak akan hilang sama sekali.
-tutup sikit pintu wang si sepet, kalau tak 60 ringgit korang kana bayar so kongsi entri ni (kat blog ni)

Label: 0 ulasan | edit post