kroll


 Pada saat pesaingnya, LG membuat monitor LCD dengan ukuran 22 inch yang terhebat tetapi ASUS juga tidak mau kalah dalam persaingan dengan mengeluarkan monitor terbaru mereka iaitu monitor LCD yang berukuran 22 inchnya tetapi bukan yang terhebat melainkan ternipis di kelasnya.

ASUS LS221H dengan resolusi WSXGA (1680 x 1050) mempunyai ketebalan hanya sekitar 24,8 mm (2,48 cm) saja.

Fitur lainnya adalah tingkat kecerahan (brightness) 300cd/ m2, rasio kontras 4000:1 dan waktu respon (response time) 2ms.

Pilih mana nipis dan seksi seperti ASUS LS221H atau yang hebat seperti LG FLATRON W2252TE?

kroll

 Ada yang mengatakan bahwa kejayaan seseorang dalam memenangi permainan atau game adalah disebabkan oleh skrin yang lebar dan juga mempunyai kualiti yang baik, kalau anda percaya hal seperti itu maka monitor Acer G24 adalah monitor LCD yang wajib dimiliki oleh semua pengemar game.

Acer G24 adalah monitor LCD  yang mempunyai skrin lebar (widescreen) yang berukuran 24 inch yang memang dikhususkan untuk peminat gamer atau mungkin lebih tepatnya gamer sejati dan juga punya wang yang lebih.

Model ini belum dilancarkan dipasaran lagi dan harganya pun belum diketahui lagi.Kepada sesiapa yang pengemar games yang teramat sangat anda patut memilikinya.

kroll
SMK Guar Perahu dari Pulau Pinang mengungguli Karnival Futsal Milo Hidup Bola B-16 peringkat Negeri Kelantan setelah menewaskan wakil tuan rumah, Real Seven FC 3-0 pada final di Kota Bharu Futsal Arena, Pengkalan Chepa, baru-baru ini.Real Seven FC turut mengiringi SMK Guar Perahu ke grand final pada 27 Julai ini di HTO de Futsal, Subang Jaya.Pada saingan separuh akhir SMK Guar Perahu mengalahkan ADAONG FC 1-0 manakala Real Seven FC membenam pasukan Jiran Muda Amieza 4-0.Penentuan tempat ketiga menyaksikan ADAONG FC menang tipis ke atas Jiran Muda Amieza 1-0.

Hidup SMK Guar Perahu......
Sek lama aku........
Label: 0 ulasan | edit post
kroll
Pernah terbayang anda berhak untuk mendapat, mengguna,mengubah dan mengagihkan perisian dan perkakasan pada telefon bimbit anda? Kini, OpenMoko, telah memulakan usaha menghasilkan telefon bimbit pertama yg menggunakan platform sumber terbuka atau Open Source. Dan inilah hasilnya..

openmoko - neo1973

Neo1973 - Telefon Pintar menggunakan platform OpenMoko.

Neo1973 ini dikira sebagai sumber terbuka degan sebenar-benar bebas pada perisian dan juga perkakasan. Jika telefon bimbit yg lain, kita dihalang dari meneroka potensi dan membuat sebarang modifikasi terhadap perkakasan. Tetapi dengan platform OpenMoko ini, potensi telefon bimbit ini dikembangkan lagi kepada tahap yg lebih jauh. Pembangun dan mungkin penggodam perkakasan (Hardware Hacker) boleh mengkaji dan memperbaiki sebarang kekurangan pada peranti ini melalui PCB. Keterbukaan Platform Open Moko ini boleh dirumuskan dalam petikan Bahasa Inggeris ini:

Like Make Magazine we believe “If you can’t open it, you don’t own it”.
Others try their best to lock us out of the devices we buy, but, Neo’s are built for you to open. You can take the casing apart and get at the PCB. Opt for the Neo Advanced kit and we’ll give you a special screwdriver (the Neo cracker) and plastic guitar pick to make opening this device even easier. Go ahead, open your Neo. Make our day.

Seperti biasa, untuk mereka yg mengikuti perkembangan pergerakan perisian percuma dan gerakan untuk sumber terbuka ini, mereka tahu bagaimana kekuatan sumber terbuka untuk perisian-perisian dalam Neo1973 ini. Jadi pengguna bebas untuk memasukkan perisian ygdisukai dan membuang apa yg tidak mahu diguna, sama seperti sebuah komputer peribadi, cuma ianya adalah telefon bimbit pintar.

Golongan anti-iPhone juga menyokong usahaini, dan ade di antaranya membuat perbandingan antara kedua-dua peranti.

iphone vs neo1973.

Nama Neo1973 merujuk pada Dr Martin Cooper yg membuat panggilan pertama menggunakan telefon bimbit pada tahun 1973.

Buat masa sekarang, Neo1973 hanya dipasarkan kepada mereka yg terdiri dari pembangun program perisian atau perkakasan sahaja. Pengguna biasa akan dapat melalui pengalaman menggunakannya akan datang.

Ini spesifikasi Neo1973 setakat sekarang:

* 120.7 x 62 x 18.5 (mm)
* 2.8″ VGA (480×640) Skrin TFT
* Samsung s3c2410 SoC @ 266 MHz
* Cip Global Locate AGPS
* Ti GPRS (2.5G not EDGE)
* USB 1.1 Tanpa Kuasa
* Skrin Sesentuh
* Slot Micro-SD
* 2.5mm jek audio
* 2 butang tambahan
* 1200 mAh bateri (dicas dengan USB)
* 128 MB SDRAM
* 64 MB NAND Flash
* Bluetooth (2.0)

Label: 0 ulasan | edit post
kroll
Saya sudah berminggu-minggu tidak "boot" kedalam windows dan asyik menggunakan linux sejak akhir-akhir ini.Mungkin kita menunggu masa yang lama untuk komputer kita login kedalam windows tetapi ia tidak berlaku ketika menggunakan linux.Oleh kerana sikap taknak menunggu, saya menjadikan linux sebagai primary OS bagi komputer saya.

Sememangnya saya mengakui bahawa linux masih terlalu baru untuk digunakan oleh orang awam yang baru mengenali komputer.Masih terlalu banyak bahan rujukan perlu dicari samada di blog ataupun sebagainya yang diperlukan utuk memeriahkan lagi penggunaan linux.

Namun adakah salah kalau kita memperuntukkan 15gigabyte ruang harddisk kita untuk untuk merasai pengalaman menggunakan linux?Saya rasa semua orang perlu mencuba apatah lagi bagi mereka-mereka yang menggunakan OS cetak rompak berbanding dengan penggunana OS linux yang membolehkan penggunanya menggunakan OS ori tanpa perlu berbayar walau 1sen sekali pun.Dual boot mungkin jawapannya.Tidak perlu melupakan windows buat selamanya tetapi masih boleh menggunakan linux dalam satu komputer yang sama.

Itulah yang sedang saya lakukan.Saya membeli laptop yang sudah di install vista didalamnya.Saya tidaklah begitu bodoh untuk membuang semua sistem vista untuk saya menggunakan linux.Kerana itu saya dual boot dan saya boleh memilih sistem mana yang ingin saya gunakan.

Berapa banyak komputer diluar sana yang mengalami masalah kelembapan, virus, dan tidak boleh run program-program yang berat?Kenapa tidak dicuba linux sahaja?Saya akui,ubuntu misalnya masih tidak begitu sempurna tetapi ia adalah hampir sempurna untuk mengambil alih semua fungsi windows!

Apalagi, jom cuba!
Label: 0 ulasan | edit post
kroll

Pengguna yg selalu melayari internet pasti tahu mengenai Google. Paling kurang pun, anda tahu ianya digunakan sebagai enjin carian di pelayar web. Dan bagi yg rajin mencari sumber informasi di internet, Google bukan sekadar enjin carian web, malah ianya juga adalah enjin carian imej, blog, kewangan, peta, carian berita dan bermacam lagi. Bukan itu sahaja, Google yg telah mendapat tapak yg kukuh dalam industri web atau internet telah melebarkan sayapnya kepada impian yg lebih besar dan nyata. Pengguna internet dan blogger tegar pasti kenal dengan pelbagai aplikasi yg Google telah lancarkan dan terus membangun sistem perkakasan dan perisian.

Bagi blogger atau pengguna internet yg mencari keuntungan melalui internet, pasti mereka memerlukan sistem pengiklanan laman web masing-masing. Jadi Google Adsense juga antara carauntuk menambah pendapatan atas talian selain dari nuffnang, advertlets dan banyak lagi. Google juga mempunyai perkhidmatan emelnya sendiri iaitu Gmail.

Jikalau dilihat pada laman wikipedia, Google adalah satu jenama yg amat kukuh dan mempunyai rangkaian yg amat besar. Produk yg dihasilkan dan juga mendapat kerjasama dari Google adalah dari pelbagai sudut dan bidang, tidak semestinya berkaitan dengan dunia web dan internet.


Pengguna biasa komputer mesti sudah mendengar aplikasi atau perisian Google Earth , perisian yg digunakan untuk melihat glob secara maya melalui imej dari satelit yg disesuaikan dengan grafik glob dalam perisian tersebut. Google juga terlibat dalam pemberian atau pengeluar lesen dan juga pemilik beberapa perisian yg agak penting. Contohnya seperti Google Desktop, Picasa dan Google Talk yg dimuatkan dalam Google Pack.

Sebagai sebuah syarikat yg menyertai perniagaan dalam dunia web, Google juga mempunyai perkhidmatan lain selain enjin carian dan perisian. Mungkin tidak sepopular Youtube,ataupun Stage6, namun Google juga menyediakan perkhidmatan streaming video iaitu Google Video. Perkhidmatan ini adalah perkhidmatan perkongsian video yg juga agak popular. Selain aplikasi itu, Google Talk juga salah satu perkhidmatan komunikasi yg menyeronokkan seperti Yahoo messenger atau pun Skype. Perkhidmatan yg berasaskan internet dari Google meliputi keseluruhan sudut. Google Desktop juga memanfaatkan enjin carian Google sebagai enjin widget atau gajet desktop. Dalam dunia blog, Google telah memilih Blogger sebagai platformnya walaupun mempunyai saingan dari WordPress, Live Journal, Typo dan lain-lain.

Jika aplikasi komputer peribadi telah lengkap, aplikasi untuk telefon bimbit juga dibangunkan oleh Google. Di dalam telefon bimbit, aplikasi GMail Mobile, Maps Mobile dan Google Talk boleh digunakan telefon bimbit tertentu dalam urusan seharian. Bagi pengguna yg baru memasang Sistem Operasi anda semula (Contohnya: XP anda dijangkiti virus dan anda terpaksa memformat semula komputer anda) anda boleh melakukan kerja berkaitan penulisan dokumen atau penggunaan aplikasi seperti Micrsoft Office Excel dengan Google Docs di internet. Jadi fail anda juga boleh disimpan di internet tanpa perlu menyimpannya dan memasang aplikasi Office Suite.

Sekarang ini antara pembangunan dan perancangan yg dijalankan oleh Google adalah untuk menghasilkan telefon bimbit. Tetapi hanyalah perisian dalaman telefon bimbit, Google telah membatalkan perancangan menghasilkan GPhone. Ia dikenali sebagai Android. Selain it, Google Code sesuai untuk mereka yg berminat menyertai komuniti pembangun di dalam Google. Paling menarik, bagi mereka yg tidak tahu, Google juga mempunyai Sistem Operasinya yg tersendiri iaitu Google Operating System , juga ada edaran yg lain iaitu Gos Rocket.Kedua-dua in adalah dari terbitan Ubuntu. Walaupun ianya bukanlah dibangun oleh Google tetapi pembangun lain iaitu pembangun Linux kebanyakannya, namun pencantuman aplikasi web dari Google ke dalam Sistem Operasi adalah amat mengagumkan. Gos ini juga mempunyai CD-Langsung untuk dicuba sebelum dipasang ke dalam komputer anda.

Google kini boleh berbangga dengan pencapaiannya kerana melebihi pencapaian Yahoo Mail dan lain-lain aplikasi web sekarang.

kroll

Fenomena membeli sebarang perisian atau apa-apa barang secara online menggunakan kad kredit menjadi mimpi ngeri apabila maklumat peribadi tentang kad kredit yang anda gunakan bocor ke tangan orang lain.Bagaimana pula dengan fenomena penggunaan login ke akaun bank secara online?

Anda ada akaun maybank2u?
Anda pengguna windows?

Ok, bagus! Tiada apa-apa masalah mengenainya.Cuma ia akan mendatangkan masalah apabila anda menggunakan Internet Explore(IE), didalam komputer yang telah dijangkiti virus pencuri maklumat peribadi.Dinasihatkan kepada pengguna supaya baerhati-hati apabila menggunakan Internet Explore supaya segala maklumat anda tidak jatuh ke tangan orang lain.

Mungkin kewujudan ancaman virus seperti ini bukan perkara baru namun bulan lepas sahaja hampir 5000 kes telah dilaporkan berkaitan virus ini dan kebanyakkannya adalah dari negara eropah.
Label: 0 ulasan | edit post
kroll
Okey tricks kali ini aku akan berkongsi bagimana hendak format semula handset model nokia, seperti yang sudah maklum Virus di pelantar handset Nokia paling banyak tersebar dan wujud, dan virus untuk komputer di pelantar Windows . Ikut langkah dibawah bagaimana hendak format handset nokia, sebelum itu pastikan handset korang mempunyai batri yang mengcukupi sebelum melakukan tricks ringkas ini.

Semudah 1,2,3 dan ikut urutan langkah ini satu-persatu:-
  • Tekan butang dail (green button)
  • Butang bernombor 3
  • Tekan butang bintang * (star)
  • On handset korang
  • Jangan lepas satu butang pun hinggalah screen menunjukkan abjad FORMAT
  • Masa yang diperlukan hanya 5 minit.
Harus diingat kesemua buku talifon dam message yang disimpan didalam handset berkenaan turut diformat dan keadaan handset korang bakal berfungsi dengan pantas seperti baru dibeli.Cara ini hanya berfungsi kepada modek nokia N-GAGE dan 6600 sahaja.Anda tidak perlu risau tentang MMC anda kerana ianya tidak di format sekali.So apa-apa yang penting yang ada didalam MMC anda tidak akan hilang sama sekali.
-tutup sikit pintu wang si sepet, kalau tak 60 ringgit korang kana bayar so kongsi entri ni (kat blog ni)

Label: 0 ulasan | edit post
kroll
Salam kepada semua.Mesti di antara kita banyak yang menggunakan Mozila Firefox.Di sini saya ada tunjukan cara bagaimana nak melajukan firefox anda.Saya harap ianya berguna kepada anda semua.

1..Mula-mula anda masukan about:config
mesti anda tertanya-tanya di mana nak masukan about:config itu..

2.Masukan about:config itu kat address task bar.
Diakan kuar banyak configuration di situ.
Apa yang anda perlu ubah adalah.

3. Gantikan, network.dns.disableIPv6 = true

4.. Gantikan, network.http.pipelining = true

5. Gantikan, network.http.pipelining.maxrequests = 8

6.Gantikan, network.http.proxy.pipelining = true

Saya harap anda dapat lajukan cikit firefox anda.
kroll
Sebenarnya saya menulis fakta ini utuk pengguna mengetahuai Virus yang berbahaya kepada windows.Jadikan ini sebagai satu langkah berjaga-jaga kepada kita semua.

Blog TECH SOURCE FROM BOHOL yang merupakan blog kegemaran saya juga telah menyenaraikan 12 virus paling merbahaya sepanjang sejarah windows. Saya menulis artikel ini untuk rekod dan rujukan dimasa akan datang. 12 virus yang tersenarai ialah;

1.Virus ILOVEYOU (a.k.a loveletter)
2.Mydoom (W32.MyDoom@mm)
3.Blaster (Lovesan)
4.Sobig Worm
5.Code Red
6.CIH (chernobyl @ spacefiller)
7.Klez
8.Melissa
9.Sasser
10.Bagle
11.Win32/Simile
12.Nimda

Anda boleh membaca dengan lanjut tentang setiap virus berserta penerangan bergambar dalam blog diatas. Agak menarik untuk mengetahui fakta-fakta tertentu sebenarnya.
Label: 0 ulasan | edit post