kroll



SEMPENA sambutan Tahun Baru Cina, pengeluar produk pemacu USB, Kingston Technology Inc memperkenalkan 'lembu jantan' baru kepada pengguna.

Lembu jantan edisi terhad dimaksudkan bukan haiwan sebenar tetapi ia simbolik sambutan tahun baru menjadi asas dalam rekaan pemacu USB keluaran syarikat itu dengan kapasiti simpanan data sehingga empat serta lapan gigabait.


Ia diliputi warna merah dan emas dengan kelajuan tinggi USB 2.0 untuk pindah turun data lebih laju ditambah jaminan lima tahun dari Kingston Technology.



>Spesifikasi

PRODUK: Kingston DataTraveler Ox (edisi terhad)

HARGA: RM30 (4GB) dan RM50 (8GB)

KELAJUAN: USB 2.0

JAMINAN: lima tahun

KAPASITI: 4GB dan 8GB

SISTEM OPERASI: Windows Vista, Windows XP, Windows 2000, Mac OS dan Linux
Label: 0 ulasan | edit post
kroll
BAGI meluaskan penyimpanan data dan maklumat secara maya, Symantec Corporation memperkenalkan Veritas Virtual Infrastructure (VxVI) yang dibina khas untuk segmen perusahaan dan pengeluaran pusat data.

VxVI yang dikeluarkan Symantec adalah penyimpanan pertama menawarkan kemudahan urus simpan di dalam pelayan maya.


Ia mampu menguruskan penyimpanan yang berkala besar sehingga x86 persekitaran pengeluaran.

Pengurus Perunding Teknikal Symantec Malaysia, Ong Kah Wooi berkata, Symantec kini berusaha meletakkan kepercayaan dan membuktikan tempat penyimpanan ini berkembang hingga ke persekitaran pelayan maya x86.

“Integrasi antara Veritas Storage Foundation dengan Citrix XenSever adalah langkah yang bijak untuk membolehkan organisasi dan syarikat IT menguruskan dokumen di dalam pelayan maya x86,” katanya.

Teknologi Citrix XenServer yang beroperasi di atas platform Windows atau Linux mampu menghasilkan penyimpanan yang lebih terurus dan maju.

Sistem yang disepadukan itu mudah diurus dan dikawal penggunanya. Symantec menyediakan panel kawalan tunggal bertujuan mengawal keseluruhan operasi pelayan dan persekitaran simpanan maya.

Panel seperti papan pemuka memaparkan status penyimpanan, status pelayan dan status pengumpulan.

Veritas Virtual Infrastructure dijangka berada di pasaran pada Oktober 2008 dengan harga permulaan RM4,595 untuk dua soket pelayan.
Label: 0 ulasan | edit post