kroll


Apa pandagan korang jika aku cakap tak bagus minum minuman bergas...??? Ha aku baru dapat satu fakta yang menarik.... Ini adalah fakta yang perlu korang tahu yang kajian saintifik yang telah dilakukan oleh ahli sains kesihatan di USA dan Britain. Korang cuba cuci tandas korang dengan masukan setin minuman bergas dalam tandas dan biarkan selama satu jam dan kemudian flush. Korang tengok nanti apa akan berlaku kesan kotoran atau hampas akan hilang ini adalah hasil daripada tindakan acid citric yang berada di dalamnya. Ni boleh dijadikan bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis..... Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak....?????



Kalau korang nak hilangkan kesan karat dari bumper kereta yang jenis chrome korang pun boleh jugak gunakan minuman bergas ni. Korang lapkan bumper kereta korang dengan mengunakan aluminium foil yang dicelupkan kedalam minuman bergas tadi. Kesannya korang boleh lihat sendiri karat yang tebal menebal kat bumper kereta korang tu dan pun hilang..... Untuk menhilangkan kesan corrosion atau kesan hakisan pada skru, nat bateri kerata korang pun boleh jugak. Korang tuangkan je setin minuman bergas kat skru, nat bateri kereta korang tu, pasti kesan hakisan tadi akan hilang dengan serta merta. Korang jugak boleh menggunakan minuman bergas ni untuk melonggarkan skru yang dah lama berkarat dan yang dah ketat ( kira dah tak boleh nak buka la ) korang tuangkan setin minuman bergas atas skeru tersebut, pasti skru tu akan longgar dan dah boleh di buka.

Kesimpulannya, jangan la banyak sangat minum minuman bergas. Kalau tak percaya korang cuba la buat eksperimen diatas tadi di rumah korang....
Label: 1 ulasan | edit post
kroll
Kecil dan cantik, sekarang ni semua teknologi semakin mengecil kan.... Itu menandakan teknologi di dunia semakin berkembang malah, gajet yang kecil nampak lebih trandey dan mengikut peredaran masa dan zaman betul tak.... samalah dengan projektor Pico PK101 ni. Ia dicipta dengan saiz yang lebih kecil iaitu 10.5 X 1.4 cm dengan seberat 114 gram saja untuk memudahkan para penggunanya.



Kalau saiz tak bermakna skrin layarnya jugak kecil. Imej yang dipancarkan masih sama sperti biasa iaitu sehingga maksimum 40 inci lebar, cuma saiz body dikompakkan. Projektor Piko PK101 ni ada kelebihannya jugak. Korang boleh sambungkan dengan pelbagai gajet lain seperti kamera digital, Ipod video, camcorder atau apa-apa saja gajet yang ada output video semuanya korang boleh sambungkan ke projektor ni.



Batterynya pulak adalah jenis rechargeable dan ianya boleh bertahan sehingga satu jam setengah dengar tanpa henti. Ia juga dilengkapi dengan speaker 0.5 watt. Korang boleh lah dapatnya dipasaran dengan harga lebih kurang RM2000.00 sahaja.
Label: 0 ulasan | edit post
kroll
Produk dan gajet keluaran Brando memang menarik untuk diikuti perkembagannya. Kebanyakannya unik, kreatif dan penggunannya pelbagai fungsi. Salah satu gajet yang aku dapat dari produk Brando ni ialah Cooling Pad yang diberi nama Eitsa. Gajet yang menggambarkan keunikan. Eitsa ni bukan Cooling Pad biasa tau....!! Selain berfungsi sebagai pendingin laptop, ia jugak menjadi hub tambahan untuk laptop korang.... Kalau laptop korang tak cukup USB hub jangan risau kerana Cooling Pad ni ada USB hub tambahan untuk korang gunakan.



Cooling Pad ni jugak di lengkapi dengan Hard Drive Dock, jadi Cooling Pad ni tersedia untuk korang sambungkan dengan tiga pendrive dan Hard Drive yang berukuran 2.5 inci. Sesuai dengan penggunaannya.



Ia dijual pada harga lebih kurang RM50. Hermmmmm ok la dengan harga tu btl tak???? Semua ada tak ada kekuragan pun..... Gajet ni berdimensi 70mm X 70mm X 70mm untuk kipas dan 300mm X 252mm X 32mm untuk keseluruhan dan hanya seberat 504 gram sahaja.... Macam biasa la kalau dan guna Cooling Pad ni sama je dengan Cooling Pad yang lain cuma sambungkan pada laptop korang terus je boleh digunakan dah...... Best kan.....
Label: 0 ulasan | edit post
kroll


Ha pada sesiapa yang tengah marah tu korang boleh la senyum untuk hilangkan rasa marah korang tu... Rasa marah kan muka kita tengah bengis masa tu mesti korang tanya nape pulak nak senyum ketika marah kan...kan....kan.... Sebabnya otak kita semua terbahagi kepada tiga bahagian iaitu : batang otak yang berfungsi sebagai penghantar sensor dari pancaindera kita. Sistem limbik sebagai pusat emosional dan neokorteks sebagai pusat berfikir.

Teryata senyuman dapat menarik urat-urat saraf di sekitar mulut dan pipi korang yang dapat membuatkan bahagian batang otak menjadi dingin, sehingga mengliu dari reaksi impulsif. Jadi korang senyumlah ketika korang marah. Ia akan dapat mengurangkan kemarahan dan sikap baran korang.......

Senyum la ketika kita marah dan senyuman itu kan tandanya sedekah...... So kita happy selalu dan sentiasa tersenyum.....
kroll


Ini adalah jam tangan keluaran Rolex yang sangat anggun lagi menawan.... Kalau aku kaya pun aku tak pakai jam ni pun tak apa.... bukan apa nanti tak pasal-pasal tangan hilang..... tul tak....!!!?

Jam ini keseluruhannya bertahtakan berlian.... bahagian bulantan jam ini sahaja mempunyai lebih kurang 232 butir berlian 6.34 karat.... banyak tu... itu baru bahagian bulatan jam sahaja belun yang lain lg.... di bahagian pergelagan pulak ada lebih kurang 1749 butir berlian 18.02 karat... di bahagian dial pula ada 300 butir berlian 0.65 karat.... ini menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 2281 butir berlian kesemuanya...... bayangkan la banyak ke tak berlian yang di gunakan untuk membuat sebentuk jam tangan sahaja....

Jam ni berharga RM1,580,000.00..... mahal tu nak beli ferari pun dah boleh ni.....
Label: 0 ulasan | edit post
kroll
Lima perkara semua kita mahukannya dan kita berusaha untuk mendapatkannya......

1:Wajah yang cantik

2:Duit yang banyak

3:Kesihatan yang baik

4:Anak-anak yang cerdik dan berjaya macam kita

5:Tidur yang nyenyak tanpa gangguan

Untuk mendapatkan semua itu senang jer, hanya 50 minit setiap hari.

Sabda nabi saw,

Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak-anak yang bermanafaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.

Mari lah kita sama-sama renungkannya nak lakukannya dengan jujur dan seikhlas hati... Tiada yang lebih berkuasa dan maha kaya melainkan TUHAN yang satu...
kroll
Harap maaf kepada semua yang melawat blog aku.....aku kurang update sikit sekarang ni di sebabkan dengan kesibukan kerja.....tambahan pula sekarang ni aku dah xada lagi laptop kesayagan aku....huhuhuhu sedih rasanya.....

Akan aku update jugak blog aku ni cuma masa yang aku perlukan untuk mencari bahan2 yang lebih menarik.....apa2 pun terima kasih di atas kesudian korang melawat dan yang mengikuti perkembagan blog aku.....

Aku akan cuba sedaya upaya untuk update blog aku nanti......

i`m sorry.......
Label: 0 ulasan | edit post