kroll
Tiga aplikasi beta dari versi terbaru Adobe Creative Suite (CS) iaitu Dreamweaver Beta, Fireworks Beta dan Soundbooth Beta.Ianya boleh dimuat turun secara percuma hanya untuk tempoh 48jam sahaja.Apabila anda telah memuat turun dan dipasang, versi beta ini akan aktif untuk tempoh selama 48jam dan kemudian hanya pengguna CS3 sahaja akan ditawarkan untuk terus menggunakan versi beta ini sehingga perisian CS3 seterusnya dilancarkan.



Versi beta untuk Dreamweaver adalah untuk rekan dan pembagunan web.Ia dilengkapi ciri-ciri baru untuk memudahkan anda melakukan proses rekaan ndan pembangunan pelbagai media seperti Toolbar Fail, Navigator Kod dan Mod Live View.Untuk memdapatkan Dremweaver Beta ini anda boleh klick DISINI



Fireworks pula untuk prototaip.Fireworks beta pula menawarkan aplikasi lain dalam Creative Suite dan membolehkan pengguna ekspot rekaan sebagai High Fidelity, Interaktif dan Dokumen selamat Adobe PDF.Untuk mendapatkan Fireworks Beta ini anda boleh klick DISINI



Soundbooth pula untuk penghasilan dan penyuntigan audio.Soundbooth Beta pula menampilkan sokogan beberapa trek, memadan tahap volum dah melihat seting MP3 sebelum siap.Untuk mendapatkan Soundbooth Beta ini anda boleh klick DISINI
kroll
Step 1.Klik kanan butang kanan tetikus anda pada desktop dan pilih New >> Shortcut.

Step 2.Tampal baris dibawah ini pada lokasi shortcut anda:
%windir%\System32\rundll32.exe user32.dll,LockWorkStation

Step 3.Klik Next,dan beri nama pada shortcut anda,contoh ‘Fast Logout’.

Step 4.Anda boleh tambah shortcut ke “Start” dan letak icon baru supaya nampak lebih professional.

Paparan:



kroll
Yoonic telah dilancarkan. Dan apa yang menariknya mengenai Yoonic ialah, ianya adalah produk buatan anak Malaysia. Kini, anda boleh menonton rancangan yang anda minat hanya dengan melalui Yoonic tanpa sebarang bayaran. Walaupun kos servernya yang agak tinggi, pihak Yoonic bercadang untuk memberikan tempoh perubaan selama 2 bulan secara percuma. Kemungkinan besar, sekiranya ramai pengiklan yang menggunakan Yoonic untuk beriklan, ianya akan kekal percuma untuk selamanya.

Sebelum dapat menggunakannya, anda haruslah memasang perisian Yoonic di komputer anda. Dengan menggunakan broadband, ianya mengambil masa lebih kurang 2 minit untuk perisian tersebut dimuat turun dan dipasang.

Proses memuat-turun perisian Yoonic.tv

Selesai dimuat-turun, perisian tersebut akan memasang (install) ke komputer anda secara automatik. Selepas beberapa saat, perisian tersebut akan berjalan dalam keadaan full-screen. Anda tidak perlu bimbang sekiranya monitor anda menjadi gelap untuk seketika.
Proses Loading Yoonic.tv

Sama seperti Joost, anda juga memerlukan ID untuk log masuk kedalam Yoonic.tv. Tetapi, buat masa terdekat ini, anda boleh mendaftar secara percuma tanpa sebarang invitation atau bayaran. Selesai mendaftar, anda boleh log masuk ke dalam Yoonic.tv.
Halaman Log Masuk Yoonic.tv

Selesai log masuk, anda dapat melihat menu utama mereka yang mana memaparkan beberapa rancangan menarik yang terdapat dalam Yoonic.
Menu Utama Yoonic.tv

Mungkin ramai yang tertanya mengenai kelainan Yoonic.tv berbanding dengan Joost. Apa yang menariknya ialah ianya ada menyediakan rancangan dan saluran tempatan seperti RTM1, RTM2 dan kesemua saluran Media Prima. Walaubagaimanapun, buat masa terdekat ini, hanya RTM1 sahaja yang dapat ditonton, manakala selebihnya dalam proses lagi.

Rancangan Tempatan di Yoonic.TV

Walaubagaimanapun, untuk setiap video atau rancangan yang anda ingin tonton, ianya akan didahului oleh iklan penaja. Iklan ini disediakan supaya para penonton tidak bosan menunggu rancangan kegemaran mereka sementara loading.
Dan satu lagi fungsi menarik ialah, sama seperti Astro, anda dapat melihat info-info berkaitan rancangan atau saluran yang anda sedang tonton.

Suatu lagi inovasi daripada Syqic untuk pengguna tempatan. Oleh kerana Yoonic.tv masih dalam peringkat beta, mungkin mengalami sedikit masalah. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda boleh menghubungi pihak berkaitan dan memberitahu mengenainya.Untuk mendapatkan Yoonic.tv anda boleh klick disini.Yoonic.tv

kroll
Mula-mula apa yang anda perlu lakukan adalah mengikut langkah-langkah yang akan saya nyakan di bawah........

1.Pergi ke system>administration>hardware drive kemudian masukan password jika di minta
2.Klik pd harware yg anda ingin aktifkan
3.Kemudian akan terpapar satu pop up (a new hardware have detact)
4.Kemudian anda terus Klik ok pada pop up tersebut tetapi pastikan anda sambung ke internet kerana setiap setting melalui internet
5.Secara automatic ianya akan install untuk anda
6.Selepas habis install apa yang anda perlu lakukan adalah enbalekan hardware tersebut dan akhir sekali anda perlu reboot komputer anda

Semoga berjaya........
Label: 0 ulasan | edit post
kroll
Untuk mereka yang inginkan pengalaman multimedia dan permainan video yang hebat menggunakan laptop,BenQ memiliki dua produk Joybook R56 dan S32B untuk tujuan itu. Pemantapan dua siri Joybook itu dilihat dengan mengunakan processer Intel Core 2 Duo dan cip grafik nVIDIA GeForce 8400M G dan Intel GMA X3100 Shared. Kelebihan R56 dapat disaksikan melalui teknologi visual tiga dimensi (3D) selain kepantasan bertindak balas lapan sesaat (8ms) dan sambungan 'output' HDMI ditambah pembesar suara 2W serta 'subwoofer' 3W. Manakala S32B dilengkapi teknologi kamera web QEye dan mikrofon dalaman membenarkan perbualan video serta inovasi bunyi SRS TruSurround XT ditambah bukti 25 ujian ketahanan termasuk anti calar, tahan tekanan dan tahan jatuh. Sementara itu, teknologi UltraVivid memberikan kualiti skrin terbaik menggunakan Paparan Filem Kecerahan Termaju (DBEF) bagi meningkatkan kecerahan dan mengurangkan pantulan cahaya yang memastikan ketepatan warna objek.
PRODUK: BenQ Joybook R56
HARGA: dari RM2,999
PEMPROSESAN: Intel Core 2 Duo T7100
SISTEM OPERASI: Windows Vista Business, Home Premium, Home Basic
SET CIP: Intel PM965 Express
GRAFIK: nVIDIA GeForce 8400M G
MEMORI: DDRII - 667 512MB
CAKERA KERAS: 80/100/120/160 GB (5400RPM - SATA)
CAKERA OPTIKAL: 24x DVD/CD-RW Combo, 8X Super Multi
SKRIN: 15.4 inci UltraVivid
RESOLUSI: WXGA (1280 x 800)
KAMERA WEB: 1.3 megapiksel
BATERI: 6 sel Lithium-ion
DIMENSI: 360 x 265 x 36.5mm
BERAT: 2.4kg
PRODUK: BenQ Joybook 32
BHARGA: dari RM2,799
PEMPROSESAN: Intel Core 2 Duo T7100
SISTEM OPERASI: Windows VIsta Business, Home Premium, Home Basic
SET CIP: Intel PM965 Express
GRAFIK: Intel GMA X3100 Shared
MEMORI: DDRII - 667 512MB
CAKERA KERAS: 80/100/120/160 GB (5400RPM - SATA)
CAKERA OPTIKAL: 24x DVD/CD-RW Combo, 8X Super Multi
SKRIN: 13.3 inci UltraVivid
RESOLUSI: WXGA (1280 x 800)
KAMERA WEB: 1.3 megapiksel
BATERI: 6 sel Lithium-ion
DIMENSI: 334 x 227.5 x 27.9mm
BERAT: 1.8kg