kroll
PEMBUAT telefon bimbit terkemuka, Motorola bekerjasama dengan pencipta telefon bimbit mewah, Alexander Amosu untuk mengeluarkan set kepala Bluetooth pertama di dunia diperbuat daripada emas bertatahkan berlian.

MOTOPURE H12, set kepala edisi terhad untuk penampilan mewah diperbuat dari emas 18K, bertatahkan lebih 180 berlian 3.57 karat.


Boleh diperoleh dengan menempah dan didatangkan dengan pilihan warna emas kuning atau putih dan pilihan tambahan untuk diseragamkan dengan warna putih, merah jambu atau hitam.

Set kepala itu didatangkan dengan versi penuh atau separuh pada harga 4,000 paun (kira-kira RM27,145) dan 6,250 paun (RM42,414). Hanya boleh dijual secara eksklusif di Selfridges (London/Manchester) dan Harvey Nicholls (London).

Motorola membawa komunikasi ke dalam fesyen berkeupayaan tinggi, yang bukan saja ada gaya, malah set kepala pertama dilengkapi teknologi CrystalTalk yang akan membuang bunyi sekeliling untuk lebih memudahkan perbualan.
Label: , 0 ulasan | edit post
kroll
Disini saya ada tunjukan cara nak install Record My Desktop.......Harap ianya berguna pada anda semua....
selamat mencuba.....

1. Buka terminal dan anda masukan code dibawah

sudo apt-get install recordmydesktop gtk-recordmydesktop

2. Atau guna GUI, Klik pada Menu Application - ADD/REMOVE - Cari recordmydesktop - Check - Apply

3. Download dan install

Pastikan GDebi dah diinstall. Kalau belum install dalam ADD/REMOVE

Sila download recordmydesktop disini
Software ini hanya boleh record dalam format ogv dan ogg sahaja, jadi kalau nak jadi format avi, anda perlu gunakan mencoder dan Lepas itu gunakan fouconverter untuk convert jadi format flv.

Kalau nak cuba screencast lain klik disini. Antara yang ada:

Name Description
recordMyDesktop Captures audio-video data of a Linux desktop session
ScreenKast Record your activities on the screen
KSnapshot screenshot utility for KDE
Istanbul Desktop session recorder producing Ogg Theora video

Semoga berjaya dan bergembira......
Selamat mencuba...........
kroll
Tiga aplikasi beta dari versi terbaru Adobe Creative Suite (CS) iaitu Dreamweaver Beta, Fireworks Beta dan Soundbooth Beta.Ianya boleh dimuat turun secara percuma hanya untuk tempoh 48jam sahaja.Apabila anda telah memuat turun dan dipasang, versi beta ini akan aktif untuk tempoh selama 48jam dan kemudian hanya pengguna CS3 sahaja akan ditawarkan untuk terus menggunakan versi beta ini sehingga perisian CS3 seterusnya dilancarkan.



Versi beta untuk Dreamweaver adalah untuk rekan dan pembagunan web.Ia dilengkapi ciri-ciri baru untuk memudahkan anda melakukan proses rekaan ndan pembangunan pelbagai media seperti Toolbar Fail, Navigator Kod dan Mod Live View.Untuk memdapatkan Dremweaver Beta ini anda boleh klick DISINI



Fireworks pula untuk prototaip.Fireworks beta pula menawarkan aplikasi lain dalam Creative Suite dan membolehkan pengguna ekspot rekaan sebagai High Fidelity, Interaktif dan Dokumen selamat Adobe PDF.Untuk mendapatkan Fireworks Beta ini anda boleh klick DISINI



Soundbooth pula untuk penghasilan dan penyuntigan audio.Soundbooth Beta pula menampilkan sokogan beberapa trek, memadan tahap volum dah melihat seting MP3 sebelum siap.Untuk mendapatkan Soundbooth Beta ini anda boleh klick DISINI
kroll
Step 1.Klik kanan butang kanan tetikus anda pada desktop dan pilih New >> Shortcut.

Step 2.Tampal baris dibawah ini pada lokasi shortcut anda:
%windir%\System32\rundll32.exe user32.dll,LockWorkStation

Step 3.Klik Next,dan beri nama pada shortcut anda,contoh ‘Fast Logout’.

Step 4.Anda boleh tambah shortcut ke “Start” dan letak icon baru supaya nampak lebih professional.

Paparan:



kroll
Yoonic telah dilancarkan. Dan apa yang menariknya mengenai Yoonic ialah, ianya adalah produk buatan anak Malaysia. Kini, anda boleh menonton rancangan yang anda minat hanya dengan melalui Yoonic tanpa sebarang bayaran. Walaupun kos servernya yang agak tinggi, pihak Yoonic bercadang untuk memberikan tempoh perubaan selama 2 bulan secara percuma. Kemungkinan besar, sekiranya ramai pengiklan yang menggunakan Yoonic untuk beriklan, ianya akan kekal percuma untuk selamanya.

Sebelum dapat menggunakannya, anda haruslah memasang perisian Yoonic di komputer anda. Dengan menggunakan broadband, ianya mengambil masa lebih kurang 2 minit untuk perisian tersebut dimuat turun dan dipasang.

Proses memuat-turun perisian Yoonic.tv

Selesai dimuat-turun, perisian tersebut akan memasang (install) ke komputer anda secara automatik. Selepas beberapa saat, perisian tersebut akan berjalan dalam keadaan full-screen. Anda tidak perlu bimbang sekiranya monitor anda menjadi gelap untuk seketika.
Proses Loading Yoonic.tv

Sama seperti Joost, anda juga memerlukan ID untuk log masuk kedalam Yoonic.tv. Tetapi, buat masa terdekat ini, anda boleh mendaftar secara percuma tanpa sebarang invitation atau bayaran. Selesai mendaftar, anda boleh log masuk ke dalam Yoonic.tv.
Halaman Log Masuk Yoonic.tv

Selesai log masuk, anda dapat melihat menu utama mereka yang mana memaparkan beberapa rancangan menarik yang terdapat dalam Yoonic.
Menu Utama Yoonic.tv

Mungkin ramai yang tertanya mengenai kelainan Yoonic.tv berbanding dengan Joost. Apa yang menariknya ialah ianya ada menyediakan rancangan dan saluran tempatan seperti RTM1, RTM2 dan kesemua saluran Media Prima. Walaubagaimanapun, buat masa terdekat ini, hanya RTM1 sahaja yang dapat ditonton, manakala selebihnya dalam proses lagi.

Rancangan Tempatan di Yoonic.TV

Walaubagaimanapun, untuk setiap video atau rancangan yang anda ingin tonton, ianya akan didahului oleh iklan penaja. Iklan ini disediakan supaya para penonton tidak bosan menunggu rancangan kegemaran mereka sementara loading.
Dan satu lagi fungsi menarik ialah, sama seperti Astro, anda dapat melihat info-info berkaitan rancangan atau saluran yang anda sedang tonton.

Suatu lagi inovasi daripada Syqic untuk pengguna tempatan. Oleh kerana Yoonic.tv masih dalam peringkat beta, mungkin mengalami sedikit masalah. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda boleh menghubungi pihak berkaitan dan memberitahu mengenainya.Untuk mendapatkan Yoonic.tv anda boleh klick disini.Yoonic.tv