kroll


 Pada saat pesaingnya, LG membuat monitor LCD dengan ukuran 22 inch yang terhebat tetapi ASUS juga tidak mau kalah dalam persaingan dengan mengeluarkan monitor terbaru mereka iaitu monitor LCD yang berukuran 22 inchnya tetapi bukan yang terhebat melainkan ternipis di kelasnya.

ASUS LS221H dengan resolusi WSXGA (1680 x 1050) mempunyai ketebalan hanya sekitar 24,8 mm (2,48 cm) saja.

Fitur lainnya adalah tingkat kecerahan (brightness) 300cd/ m2, rasio kontras 4000:1 dan waktu respon (response time) 2ms.

Pilih mana nipis dan seksi seperti ASUS LS221H atau yang hebat seperti LG FLATRON W2252TE?

kroll

 Ada yang mengatakan bahwa kejayaan seseorang dalam memenangi permainan atau game adalah disebabkan oleh skrin yang lebar dan juga mempunyai kualiti yang baik, kalau anda percaya hal seperti itu maka monitor Acer G24 adalah monitor LCD yang wajib dimiliki oleh semua pengemar game.

Acer G24 adalah monitor LCD  yang mempunyai skrin lebar (widescreen) yang berukuran 24 inch yang memang dikhususkan untuk peminat gamer atau mungkin lebih tepatnya gamer sejati dan juga punya wang yang lebih.

Model ini belum dilancarkan dipasaran lagi dan harganya pun belum diketahui lagi.Kepada sesiapa yang pengemar games yang teramat sangat anda patut memilikinya.

kroll
SMK Guar Perahu dari Pulau Pinang mengungguli Karnival Futsal Milo Hidup Bola B-16 peringkat Negeri Kelantan setelah menewaskan wakil tuan rumah, Real Seven FC 3-0 pada final di Kota Bharu Futsal Arena, Pengkalan Chepa, baru-baru ini.Real Seven FC turut mengiringi SMK Guar Perahu ke grand final pada 27 Julai ini di HTO de Futsal, Subang Jaya.Pada saingan separuh akhir SMK Guar Perahu mengalahkan ADAONG FC 1-0 manakala Real Seven FC membenam pasukan Jiran Muda Amieza 4-0.Penentuan tempat ketiga menyaksikan ADAONG FC menang tipis ke atas Jiran Muda Amieza 1-0.

Hidup SMK Guar Perahu......
Sek lama aku........
Label: 0 ulasan | edit post
kroll
Pernah terbayang anda berhak untuk mendapat, mengguna,mengubah dan mengagihkan perisian dan perkakasan pada telefon bimbit anda? Kini, OpenMoko, telah memulakan usaha menghasilkan telefon bimbit pertama yg menggunakan platform sumber terbuka atau Open Source. Dan inilah hasilnya..

openmoko - neo1973

Neo1973 - Telefon Pintar menggunakan platform OpenMoko.

Neo1973 ini dikira sebagai sumber terbuka degan sebenar-benar bebas pada perisian dan juga perkakasan. Jika telefon bimbit yg lain, kita dihalang dari meneroka potensi dan membuat sebarang modifikasi terhadap perkakasan. Tetapi dengan platform OpenMoko ini, potensi telefon bimbit ini dikembangkan lagi kepada tahap yg lebih jauh. Pembangun dan mungkin penggodam perkakasan (Hardware Hacker) boleh mengkaji dan memperbaiki sebarang kekurangan pada peranti ini melalui PCB. Keterbukaan Platform Open Moko ini boleh dirumuskan dalam petikan Bahasa Inggeris ini:

Like Make Magazine we believe “If you can’t open it, you don’t own it”.
Others try their best to lock us out of the devices we buy, but, Neo’s are built for you to open. You can take the casing apart and get at the PCB. Opt for the Neo Advanced kit and we’ll give you a special screwdriver (the Neo cracker) and plastic guitar pick to make opening this device even easier. Go ahead, open your Neo. Make our day.

Seperti biasa, untuk mereka yg mengikuti perkembangan pergerakan perisian percuma dan gerakan untuk sumber terbuka ini, mereka tahu bagaimana kekuatan sumber terbuka untuk perisian-perisian dalam Neo1973 ini. Jadi pengguna bebas untuk memasukkan perisian ygdisukai dan membuang apa yg tidak mahu diguna, sama seperti sebuah komputer peribadi, cuma ianya adalah telefon bimbit pintar.

Golongan anti-iPhone juga menyokong usahaini, dan ade di antaranya membuat perbandingan antara kedua-dua peranti.

iphone vs neo1973.

Nama Neo1973 merujuk pada Dr Martin Cooper yg membuat panggilan pertama menggunakan telefon bimbit pada tahun 1973.

Buat masa sekarang, Neo1973 hanya dipasarkan kepada mereka yg terdiri dari pembangun program perisian atau perkakasan sahaja. Pengguna biasa akan dapat melalui pengalaman menggunakannya akan datang.

Ini spesifikasi Neo1973 setakat sekarang:

* 120.7 x 62 x 18.5 (mm)
* 2.8″ VGA (480×640) Skrin TFT
* Samsung s3c2410 SoC @ 266 MHz
* Cip Global Locate AGPS
* Ti GPRS (2.5G not EDGE)
* USB 1.1 Tanpa Kuasa
* Skrin Sesentuh
* Slot Micro-SD
* 2.5mm jek audio
* 2 butang tambahan
* 1200 mAh bateri (dicas dengan USB)
* 128 MB SDRAM
* 64 MB NAND Flash
* Bluetooth (2.0)

Label: 0 ulasan | edit post
kroll
Saya sudah berminggu-minggu tidak "boot" kedalam windows dan asyik menggunakan linux sejak akhir-akhir ini.Mungkin kita menunggu masa yang lama untuk komputer kita login kedalam windows tetapi ia tidak berlaku ketika menggunakan linux.Oleh kerana sikap taknak menunggu, saya menjadikan linux sebagai primary OS bagi komputer saya.

Sememangnya saya mengakui bahawa linux masih terlalu baru untuk digunakan oleh orang awam yang baru mengenali komputer.Masih terlalu banyak bahan rujukan perlu dicari samada di blog ataupun sebagainya yang diperlukan utuk memeriahkan lagi penggunaan linux.

Namun adakah salah kalau kita memperuntukkan 15gigabyte ruang harddisk kita untuk untuk merasai pengalaman menggunakan linux?Saya rasa semua orang perlu mencuba apatah lagi bagi mereka-mereka yang menggunakan OS cetak rompak berbanding dengan penggunana OS linux yang membolehkan penggunanya menggunakan OS ori tanpa perlu berbayar walau 1sen sekali pun.Dual boot mungkin jawapannya.Tidak perlu melupakan windows buat selamanya tetapi masih boleh menggunakan linux dalam satu komputer yang sama.

Itulah yang sedang saya lakukan.Saya membeli laptop yang sudah di install vista didalamnya.Saya tidaklah begitu bodoh untuk membuang semua sistem vista untuk saya menggunakan linux.Kerana itu saya dual boot dan saya boleh memilih sistem mana yang ingin saya gunakan.

Berapa banyak komputer diluar sana yang mengalami masalah kelembapan, virus, dan tidak boleh run program-program yang berat?Kenapa tidak dicuba linux sahaja?Saya akui,ubuntu misalnya masih tidak begitu sempurna tetapi ia adalah hampir sempurna untuk mengambil alih semua fungsi windows!

Apalagi, jom cuba!
Label: 0 ulasan | edit post