kroll
Saya sudah berminggu-minggu tidak "boot" kedalam windows dan asyik menggunakan linux sejak akhir-akhir ini.Mungkin kita menunggu masa yang lama untuk komputer kita login kedalam windows tetapi ia tidak berlaku ketika menggunakan linux.Oleh kerana sikap taknak menunggu, saya menjadikan linux sebagai primary OS bagi komputer saya.

Sememangnya saya mengakui bahawa linux masih terlalu baru untuk digunakan oleh orang awam yang baru mengenali komputer.Masih terlalu banyak bahan rujukan perlu dicari samada di blog ataupun sebagainya yang diperlukan utuk memeriahkan lagi penggunaan linux.

Namun adakah salah kalau kita memperuntukkan 15gigabyte ruang harddisk kita untuk untuk merasai pengalaman menggunakan linux?Saya rasa semua orang perlu mencuba apatah lagi bagi mereka-mereka yang menggunakan OS cetak rompak berbanding dengan penggunana OS linux yang membolehkan penggunanya menggunakan OS ori tanpa perlu berbayar walau 1sen sekali pun.Dual boot mungkin jawapannya.Tidak perlu melupakan windows buat selamanya tetapi masih boleh menggunakan linux dalam satu komputer yang sama.

Itulah yang sedang saya lakukan.Saya membeli laptop yang sudah di install vista didalamnya.Saya tidaklah begitu bodoh untuk membuang semua sistem vista untuk saya menggunakan linux.Kerana itu saya dual boot dan saya boleh memilih sistem mana yang ingin saya gunakan.

Berapa banyak komputer diluar sana yang mengalami masalah kelembapan, virus, dan tidak boleh run program-program yang berat?Kenapa tidak dicuba linux sahaja?Saya akui,ubuntu misalnya masih tidak begitu sempurna tetapi ia adalah hampir sempurna untuk mengambil alih semua fungsi windows!

Apalagi, jom cuba!
Label: edit post
0 Responses

Catat Ulasan