kroll

Pengguna yg selalu melayari internet pasti tahu mengenai Google. Paling kurang pun, anda tahu ianya digunakan sebagai enjin carian di pelayar web. Dan bagi yg rajin mencari sumber informasi di internet, Google bukan sekadar enjin carian web, malah ianya juga adalah enjin carian imej, blog, kewangan, peta, carian berita dan bermacam lagi. Bukan itu sahaja, Google yg telah mendapat tapak yg kukuh dalam industri web atau internet telah melebarkan sayapnya kepada impian yg lebih besar dan nyata. Pengguna internet dan blogger tegar pasti kenal dengan pelbagai aplikasi yg Google telah lancarkan dan terus membangun sistem perkakasan dan perisian.

Bagi blogger atau pengguna internet yg mencari keuntungan melalui internet, pasti mereka memerlukan sistem pengiklanan laman web masing-masing. Jadi Google Adsense juga antara carauntuk menambah pendapatan atas talian selain dari nuffnang, advertlets dan banyak lagi. Google juga mempunyai perkhidmatan emelnya sendiri iaitu Gmail.

Jikalau dilihat pada laman wikipedia, Google adalah satu jenama yg amat kukuh dan mempunyai rangkaian yg amat besar. Produk yg dihasilkan dan juga mendapat kerjasama dari Google adalah dari pelbagai sudut dan bidang, tidak semestinya berkaitan dengan dunia web dan internet.


Pengguna biasa komputer mesti sudah mendengar aplikasi atau perisian Google Earth , perisian yg digunakan untuk melihat glob secara maya melalui imej dari satelit yg disesuaikan dengan grafik glob dalam perisian tersebut. Google juga terlibat dalam pemberian atau pengeluar lesen dan juga pemilik beberapa perisian yg agak penting. Contohnya seperti Google Desktop, Picasa dan Google Talk yg dimuatkan dalam Google Pack.

Sebagai sebuah syarikat yg menyertai perniagaan dalam dunia web, Google juga mempunyai perkhidmatan lain selain enjin carian dan perisian. Mungkin tidak sepopular Youtube,ataupun Stage6, namun Google juga menyediakan perkhidmatan streaming video iaitu Google Video. Perkhidmatan ini adalah perkhidmatan perkongsian video yg juga agak popular. Selain aplikasi itu, Google Talk juga salah satu perkhidmatan komunikasi yg menyeronokkan seperti Yahoo messenger atau pun Skype. Perkhidmatan yg berasaskan internet dari Google meliputi keseluruhan sudut. Google Desktop juga memanfaatkan enjin carian Google sebagai enjin widget atau gajet desktop. Dalam dunia blog, Google telah memilih Blogger sebagai platformnya walaupun mempunyai saingan dari WordPress, Live Journal, Typo dan lain-lain.

Jika aplikasi komputer peribadi telah lengkap, aplikasi untuk telefon bimbit juga dibangunkan oleh Google. Di dalam telefon bimbit, aplikasi GMail Mobile, Maps Mobile dan Google Talk boleh digunakan telefon bimbit tertentu dalam urusan seharian. Bagi pengguna yg baru memasang Sistem Operasi anda semula (Contohnya: XP anda dijangkiti virus dan anda terpaksa memformat semula komputer anda) anda boleh melakukan kerja berkaitan penulisan dokumen atau penggunaan aplikasi seperti Micrsoft Office Excel dengan Google Docs di internet. Jadi fail anda juga boleh disimpan di internet tanpa perlu menyimpannya dan memasang aplikasi Office Suite.

Sekarang ini antara pembangunan dan perancangan yg dijalankan oleh Google adalah untuk menghasilkan telefon bimbit. Tetapi hanyalah perisian dalaman telefon bimbit, Google telah membatalkan perancangan menghasilkan GPhone. Ia dikenali sebagai Android. Selain it, Google Code sesuai untuk mereka yg berminat menyertai komuniti pembangun di dalam Google. Paling menarik, bagi mereka yg tidak tahu, Google juga mempunyai Sistem Operasinya yg tersendiri iaitu Google Operating System , juga ada edaran yg lain iaitu Gos Rocket.Kedua-dua in adalah dari terbitan Ubuntu. Walaupun ianya bukanlah dibangun oleh Google tetapi pembangun lain iaitu pembangun Linux kebanyakannya, namun pencantuman aplikasi web dari Google ke dalam Sistem Operasi adalah amat mengagumkan. Gos ini juga mempunyai CD-Langsung untuk dicuba sebelum dipasang ke dalam komputer anda.

Google kini boleh berbangga dengan pencapaiannya kerana melebihi pencapaian Yahoo Mail dan lain-lain aplikasi web sekarang.

Label: edit post
0 Responses

Catat Ulasan