kroll


Tahukah korang asal usul jem....? Jem biasanya dinikmati bersama roti pada waktu pagi. Ramai yang mengjangkakan jem ni berasal dari Eropah. Tapi tahikah korang bahawa jem sebenarnya bermula dari rantau Timur Tengah. Asal usulnya bermula daripada buah yang diperamkan bersama madu lebah.



Dulunya, Timur Tengah agak gersang. Jadi untuk mengekalkan jangka hayat buah agar tidak busuk, penduduk Timur Tengah mengawetkannya dengan madu lebah. Kemudian, cara ini diperbaharui oleh masayarakat Greek dengan memperkenalkan " Fruit Butter " yang kemudiannya tersebar keseluruh Eropah. Memandangkan buah mudah hancur dan menjadi lesu. orang Eropah telah memperkenalkan teknik memasak buah bersama gula untuk disimpan di dalam botol. Lama-kelamaan ia dikenali sebagai jem.
Label: edit post
0 Responses

Catat Ulasan