kroll
Ahad

Bagi mereka yang lahir di hari minggu memiliki sifat pandai bergaul dan disukai orang ramai. Kelebihan dia orang ni juga pandai bercakap dan jugak menyelesaikan segala masalah dengan cepat. Walaupun berjiwa besar tetapi mereka jugak cukup cool dan suka low profile.

Isnin

Kalau korang atau si kekasih lahir pada hari isnin, biasanya dia mempunyai sikap yang murah hati, nak berlanja orang jer kerjanya...... tak kiralah masa tu dia ada duit atau pun tdak. Eh.. jangan pulak salah faham, mereka tu bunkanya nak menunjuk-nunjuk tapi memang secara semulajadi sikap meraka bergitu, ikhlas hati dan suka memberi keriangan kepada orang lain.
Dah nama pun kuat berbelanja maka sikap buruknya tentu sekali dia jugak seorang yang boros dan tak pandai menyimpan wang. Hati-hati sebab mereka yang lahir pada hari isnin jugak cepat touching!!! Pantang silap sikit, memang sensetif punya la. Mereka jugak suka membela kebenaran, agak pandai dan hanya bercakap banyak bila duduk dalam gengnya.

Selasa

Mereka yang hari lahirnya jatuh pada hari selasa pula kebiasaannya memang jiwa kacau..... Hahaha... Maksudnya, dia orang ni agak sukar membuat keputusan. Kejap kata A kejap kata B! Aduh...sekejap kata jadi dating lima minit lagi jangan terkejut kalau dia kata cancel pulak. Dah tu, mereka ni pulak jenis kurang sabar, cepat je naik darah dan mempunyai sikap selalu nak menang. Kalau nak jadi kekasih dia orang ni, kenalah banyak-banyak bersabar ye.

Rabu

Mereka yang lahir di hari rabu pulak cnderung bersifat pendiam, tapi bila sudah mula bercakap dengan orang yang dirasakan ngam, memang dia akan berubah jadi talkative. Kata-katanya itu akan membuatkan mereka yang mendengar berasa kagum. Dia jugak memang tak suka busy body, sngat baik hati dan murah rezeki.

Khamis

Mereka yang hari lahirnya jatuh pada hari khamis pula, lebih kurang sama dengan yang lahir pada hari selasa....mempunyai pendirian yang tidak berapa nak tetap dan cepat je nak emosi serta bersikap kurang sabar!!! Kalau nak ambik hati mereka ni, senang je....bagi mereka pujian sebab meraka ni senang sekali dipuji. Kalau korang pandai ambik hatinya....hemmm....barulah senanag nak handle.

Jumaat

Kalau kekasihmu itu lahir pada hari jumaat, ternyata dia mempunyai sifat yang disenangi ramai seperti suka menolong. Mentelnya hebat, suka kepada ilmu pengetahuan dan mampu menberi nasihat yang bagus.

Sabtu

Kalau si dia itu lahir pada hari sabtu pula....kamu kenalah tahan dengan sikapnya yang workaholic!!!! Ha......dia orang ni memang gila kerja. Hidupnya kerja.....kerja dan kerja..... Daripada zaman bujang hinggalah berumah tangga nanti. Dia juga menyandang jawatan yang bagus dan dihormati orang ramai. Tapi apa pun jangan takut.....kerana mereka jugak mampu melaksanakan segala tugas dengan superb!!!
kroll


Ini adalah salah satu lagi gajet yang berbentuk unik. Tak semestinya sesuatu gajet itu berbentuk statik seperti empat segi atau bulat. Contohnya macam iPod yang satu ni, ia dicipta menyerupai bentuk gelang untuk memudahkan penggunanya. Satu lagi idea yang kreatif dan harus dipuji.....!!!
Tidak memerlukan ketebalan, cukup dengan sekadar melingkarkannya di pergelagan tangan anda. Disebabkan ia lebih kurang jer macam gelang tangan, jadi iPod shuffle ni dinamakan iPod Shuffle Braclet.



Ianya bukan sahaja menanpilkan bentuk yang terkini dan rekaan yang menarik akan tertapi ianya jugak mempunyai ciri-ciri yang sempurna, sama seperti iPod lain. Sebut je bluetooth atau dock connector, semuanya lengkap. Malah ianya juga disertakan dengan rechargeable battery yang mampu bertahan selama 16jam.... Pergh..... lama tu dapat bertahan.... superblah beb...!!!! Ops.... sebelum terlupa, internal memory untuk iPod ini ialah 1GB dan 2GB. Ianya jugak mempunyai 4 warna untuk anda membolahkan anda memilih mengikut kesukaan anda.



Satu lagi gajet yang membuatkan anda nampak cool and trendy. Harga pun boleh tahan..... dalam lingkungan RM220 ke RM250 jer.... So apa lagi serlahkanlah gaya penampilan anda dengan iPod Shuffle Braclet.....
Label: 5 ulasan | edit post
kroll


Kalau rasa-rasa nak nampak ganas dan pakej bersama pelangkong bersama mak dan ayah korang, bolehla dapatkan kasut ni. Bukan apa, kasut yang konon-konon nampak macam ganas tapi tak nampak macam ganas sangat ni punya corak kepala tengkorak di bahagian tepi tapi bereka bentuk bersih di bahagian lainnya. Tapi kalau tak nak corak tengkorak tu korang boleh la beli yang berwarna hitam.....Kan dah tak nampak corak tengkorak tu dah.....hex5



Ni pun bukanlah kasut yang baru sangat.Ia yang asalnya dikeluarkan tahun lepas kini hadir ngan warna baru yang lebih simple. Apa yang kita tahu, kasut ni umpama tuala yang mampu menresap @ mengelap peluh dan air. Jadi ianya sesuai bagi sesiapa yang mengunakan kasut ini bersukan macam bola keranjang.....
Label: 2 ulasan | edit post
kroll
1. Mendapatkan dependencies berkaitan (untuk kerja compiling plugins)

sudo apt-get install compiz-bcop compiz-dev build-essential libtool libglu1-mesa-dev libxss-dev git-core
2.Mendapatkan plugin source tarballs
Buat satu direktori untuk menyimpan kod yang bakal didownload

mkdir -p ~/compiz/
Disini kita akan menggunakan "git" untuk mendapatkan source tarballs. Proses mendapatkan tarballs adalah menerusi command berikut;

cd ~/compiz
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/wodor/anaglyph
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/fusion/plugins/atlantis
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/metastability/atlantis2
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/smspillaz/fireflies
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/warlock/freewins
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/b0le/photowheel
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/pafy/screensaver
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/fusion/plugins/snow
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/metastability/snowglobe
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/users/smspillaz/stars
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/fusion/plugins/tile
git clone git://anongit.compiz-fusion.org/fusion/plugins/wallpaper
Ini adalah koleksi source tarballs untuk plugins yang popular dan saya tidak untuk menyuruh pembaca menginstall kesemua plugins yang saya listkan ini. Sila pilih plugins yang diingini sahaja.

Saya akan memberi satu contoh sahaja tentang cara install satu-satu plugin dan kemudiannya anda boleh mengikuti cara yang sama untuk yang selebihnya. OK?

Katakan kita ingin install plugin screensaver
cd ~/compiz/screensaver
make
make install
**Tambah sudo dihadapan code jika perlu (apabila keluar error "permission denied").

3.Restart compiz dan ccsm kemudian enjoy!

Semoga bermaklumat!
Label: 1 ulasan | edit post
kroll
BERDASARKAN KAJIAN OLEH DATO FADZILLAH KAMSAH

Bulan Januari

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial , cukup cemburu yg sangat tinggi.

Bulan Februari

Berfikiran abstrak , sukakan benda yang reality dan abstrak, inteligent, bijak dan genius , berpesonality yg mudah berubah , mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri , jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong , mudah memberontak apabila dikongkong , suka kegiatan yg lasak , emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya , tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan adaharapan, utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi

Bulan Mac

Berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudahsimpati , sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alampersekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.

Bulan April

Sangat aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah emosi cepat terusik try control the emotion kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada sgt cemburu dan terlalu cemburu

Bulan Mei

Kekerasan hati & degil , kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal , pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam , cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan , tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan , kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam pandai berdebat, fizikal yg baik , kelemahan sistem pernafasan suka sastera,seni & muzik serta melancong tidak berapa suka duduk dirumah tidak boleh duduk diam tidak punya ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros

Bulan Jun

Berfikiran jauh & berwawasan , mudah ditawan krn sikap baik berperangai yg lemah lembut mudah berubah sikap,perangai idea @mood idea yg terlalu banyak di kepala, bersikap sensitif otaknya aktif (sentiasa berfikir) sukar melakukan sesuatu dgn segera bersikap suka menangguh-nangguh bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik cepat marah &cepat sejuk suka bercakap & berdebat suka buat lawak & bergurau otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan org yg sangat tertib pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati mudah kena selsema suka berkemas cepat rasa bosan sikap terlalu memilih & cerewet kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif , kedegilan yg tidak terkawal , sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

Bulan Julai

Sangat seronok didamping , Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan , Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain , Sangat peramah, Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya , Berjiwa sentimental , jarang berdendam , mudah memaafkan tapi sukar melupakan , tidak suka benda remeh-temeh , membimbing cara fizikal dan mental , sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati , pemerhatian yg tajam , suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar , suka muhasabah diri , suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri , suka duduk dirumah , suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa , lemah dari segi kesihatan , perut mudah gemuk , tak kawal diet , minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja

Bulan Ogos

Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain , terlalu pemurah & bersikap ego , nilai harga diri yg sangat tinggi , dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa , cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari , suka memimpin & dipimpin , sifat suka berangan , berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit , belajar utk relax , sikap kelam kabut , romantik ,pengasih,penyayang , suka mencari kawan

Bulan September

Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat,teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi panda bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur, kerja yg dilakukansangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui org yg banyak berfikir , daya pentaakulan yg baik, otak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia, suka sukan,hiburan & melancong , kurang menunjukan perasaan terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan , sukakan benda yg luas, bersistematik

Bulan Oktober

Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah , pentingkan diri sendiri , tidak menolong org kecuali diminta , suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik >>>>> > >>> > suka berangan & pandaibercakap, emosi yg kelam kabut , daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar , org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran , mudah patah semangat

Bulan November

Banyak idea dalam perkara , sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan , berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam , daya firasat yg sgt halus dan tinggi , bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak Diusahakan sehingga berjaya , taksuka marah kecuali digugat , mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri , cara berfikir lain dari org lain , otak yg sangat tajam , pandai mendorong diri sendiri , tidak hargai pujian , kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

Bulan Disember

Sangat setia dan pemurah, Bersifat patriotik, Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, Seronok didampingi, Suka bercampur dgn org, Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, Tidak pandai berpura-pura, Cepat marah , Perangai yg berubah-ubah , Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, Benci pada kongkongan , Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.