kroll


Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:

"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M'sian Idol .. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama???? 'SURAU?., MASJID??., SURAU???"

p/s: FIKIRKANLAH

Thanks!
Label: , 0 ulasan | edit post
kroll


Bila korang dah siap melaram, jangan lupa pulak tonjolkan keseksian bibir korang tu... Sapulah gloss yang berkilat dan mengelip. Sesuailah kalau korang nak ke get together party dengan kawan-kawan korang atau ke parti untuk countdown tahun baru. Lipice Color Gloss ada dalam 3 pilihan warna iaitu Sweet Bean, Fresh Peach dan Summer Pink yang ditambah dengan micro glitter yang sesuai dipakai atas mana-mana jenis lipstick yang korang pakai dan yang penting tidak menjejaskan bibir korang sebab ia diperkaya dengan macadamia seed oil, aloe extract dan lonolin oil yang memastikan bibir korang sentiasa lembap dan lembut. Horang boleh dapatkannya dengan harga yang berpatutan iaitu RM12.90 je...... So kepada gadis-gadis remaja diluar sana tu boleh la korang mencubanya..... Serlahkan keseksian bibir korang......
Label: 0 ulasan | edit post
kroll


Tahukah korang asal usul jem....? Jem biasanya dinikmati bersama roti pada waktu pagi. Ramai yang mengjangkakan jem ni berasal dari Eropah. Tapi tahikah korang bahawa jem sebenarnya bermula dari rantau Timur Tengah. Asal usulnya bermula daripada buah yang diperamkan bersama madu lebah.



Dulunya, Timur Tengah agak gersang. Jadi untuk mengekalkan jangka hayat buah agar tidak busuk, penduduk Timur Tengah mengawetkannya dengan madu lebah. Kemudian, cara ini diperbaharui oleh masayarakat Greek dengan memperkenalkan " Fruit Butter " yang kemudiannya tersebar keseluruh Eropah. Memandangkan buah mudah hancur dan menjadi lesu. orang Eropah telah memperkenalkan teknik memasak buah bersama gula untuk disimpan di dalam botol. Lama-kelamaan ia dikenali sebagai jem.
Label: 0 ulasan | edit post
kroll


Apa pandagan korang jika aku cakap tak bagus minum minuman bergas...??? Ha aku baru dapat satu fakta yang menarik.... Ini adalah fakta yang perlu korang tahu yang kajian saintifik yang telah dilakukan oleh ahli sains kesihatan di USA dan Britain. Korang cuba cuci tandas korang dengan masukan setin minuman bergas dalam tandas dan biarkan selama satu jam dan kemudian flush. Korang tengok nanti apa akan berlaku kesan kotoran atau hampas akan hilang ini adalah hasil daripada tindakan acid citric yang berada di dalamnya. Ni boleh dijadikan bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis..... Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak....?????



Kalau korang nak hilangkan kesan karat dari bumper kereta yang jenis chrome korang pun boleh jugak gunakan minuman bergas ni. Korang lapkan bumper kereta korang dengan mengunakan aluminium foil yang dicelupkan kedalam minuman bergas tadi. Kesannya korang boleh lihat sendiri karat yang tebal menebal kat bumper kereta korang tu dan pun hilang..... Untuk menhilangkan kesan corrosion atau kesan hakisan pada skru, nat bateri kerata korang pun boleh jugak. Korang tuangkan je setin minuman bergas kat skru, nat bateri kereta korang tu, pasti kesan hakisan tadi akan hilang dengan serta merta. Korang jugak boleh menggunakan minuman bergas ni untuk melonggarkan skru yang dah lama berkarat dan yang dah ketat ( kira dah tak boleh nak buka la ) korang tuangkan setin minuman bergas atas skeru tersebut, pasti skru tu akan longgar dan dah boleh di buka.

Kesimpulannya, jangan la banyak sangat minum minuman bergas. Kalau tak percaya korang cuba la buat eksperimen diatas tadi di rumah korang....
Label: 1 ulasan | edit post
kroll
Kecil dan cantik, sekarang ni semua teknologi semakin mengecil kan.... Itu menandakan teknologi di dunia semakin berkembang malah, gajet yang kecil nampak lebih trandey dan mengikut peredaran masa dan zaman betul tak.... samalah dengan projektor Pico PK101 ni. Ia dicipta dengan saiz yang lebih kecil iaitu 10.5 X 1.4 cm dengan seberat 114 gram saja untuk memudahkan para penggunanya.



Kalau saiz tak bermakna skrin layarnya jugak kecil. Imej yang dipancarkan masih sama sperti biasa iaitu sehingga maksimum 40 inci lebar, cuma saiz body dikompakkan. Projektor Piko PK101 ni ada kelebihannya jugak. Korang boleh sambungkan dengan pelbagai gajet lain seperti kamera digital, Ipod video, camcorder atau apa-apa saja gajet yang ada output video semuanya korang boleh sambungkan ke projektor ni.



Batterynya pulak adalah jenis rechargeable dan ianya boleh bertahan sehingga satu jam setengah dengar tanpa henti. Ia juga dilengkapi dengan speaker 0.5 watt. Korang boleh lah dapatnya dipasaran dengan harga lebih kurang RM2000.00 sahaja.
Label: 0 ulasan | edit post