kroll
Nike Air Jordan VIII


Meriah!!! Apa yang boleh aku cakap pasal kasut ni hanya lah meriah. Kasut ini di design time rambut afro tengah top gitu. Kasut ini mempunyai 2 pilihan warna yang berbeza dan kedua-duanya memang nampak begitu meriah. So korang pilih la warna apa yang korang berkenan. Walaubagaimana pun kasut ini selesa apabila dipakai oleh si pemakai kasut ini. Kasut ini bukan sahaja untuk permaian bola keranjang sahaja. Sesiapa saja boleh memakainnya.

Label: 0 ulasan | edit post
kroll
Kali ini aku nak kongsi dengan korang pasal erti pemberian hadiah.... Tak kisah la korang kasi pada pakwe atau makwe korang...... Hadiah diberikan kepada sidia bukan sahaja time birthday sahaja.... Mesti time velentime pun korang kasi jugak kan..... Wakakakaka.... Disini ada beberapa barang yang akan aku tampilkan untuk korang semua....


Alat solek



Mungkin kamu tidak suka berdandan. Jadi dia hadiahkan alat solek supaya korang berdandan sedikit agar tampak manis apabila bersamanya. Ha yang ini dah tentula kepada wanita.... Kalau aweks-aweks di luar sana tu dapat hadiah yang macam ni dari pakwe korang tu berlajar- berlajar la berdanadan atau bersolek itu bagi sesiapa yang tak suka bersolek dan berdandan la yang dah biasa mesti happy kan kalau dapat hadiah macam ni dari pakwe korang......

Tas tangan



Bukan apa kalau pakwe korang hadiahkan beg tangan pada korang. Biar korang berhati-hati dan jangan selalu lupa bawa beg duit apabila kelaur bersamanya. Tahulah lelaki yang patut bayar tapi sesekali perempuan juga kena melabur agar hubungan itu lebih seimbang. Kalau tak berbuat demikian macam mana pulak bila bersana nanti......? Kata janji sehidup semati tak g tu......

Telefon bimbit



Mesti korang sangka dia manjakan korang tapi sebenarnya dia perli korang, lain kali kalau terlewat atau mahu batalkan janji temu jangan lupa telefon. Dan mungkin juga dia mengigatkan korang agar selalu menghubunginya dan bukan orang lain. Maksudnya dia tidak suka korang bergayut lama dengan orang lain selain dirinya. Jadi dia berikan telefon khas agar kamu menghubunginya selalu.

Minyak wangi



Sesetengah orang berpendapat pasagan korang romantik. Tetapi jika tidak tahu sebenarnya dia mahu berkias bahawa korang memerlukan semburan hebat agar bau badan dan penampilan korang seiring ketika bersamanya. Silap hari bulan dia berikan deodoran sekali. Jadi korang kena la gunakannya bila keluar bersama denganya....

Jam tangan



Entah-entah korang sering lewat ke tempat janji temu. Ada sahaja alasan korang dan paling kurang setengah jam lewat. Percayalah di anatara hadiah hari jadi korang mesti jam tangan daripada si dia. Bukan apa, biar korang berdisiplin sedikit dan datang tepat pada wakru yang dijanjikan. Masa itu emas kan jadi hargailah masa dan janji temudengan sidia.... jagan lewar nanti merajuk lak sidia....

Kain ela



Biasanya bila sidia menemankan korang membeli belah, sidia melihat korang memilih pakaian biasa. Ikut selesa korang, apalagi kalau korang minah trandi. Mesti semua pakaian terkini menjadi pilihan. Tiba-tiba sidia hadiahkan kain ela yang cantik dan manis warnanya. Tentu korang terfikir, ini mesti mahu suruh buat baju kurung ni...... Ya tekaan korang tepat sekali. Asyik berpakaian moden sahaja tentu sesekali sidia mahu korang bergaya manis sebagai gadis Melayu.

Tudung atau selendang



Sah, sidia mahu korang memakai tudung. Pemberian ini simbolik, maklumlah kalau diminta melalui ungkapan takut sensetif jadi hadiah tudung itu besar ertinya, bukan sekadar digunakan sebagai menghias bahu. Jadi hargai la kebaikan dan kejujuran dari pemberian sidia kepada korang.....

Bingkai gambar



Nyata sidia mahukan korang meletakkan wajahnya di atas meja solek di rumah atau meja kerja korang di pejabat. Sidia tidak mahu korang memikirkan orang lain selain dirinya. Ini kira-kira sudah seriesla ni!!... Boleh masuk meninag dah ni.....

Patung Beruang



Anggap saja sidia manjakan korang dan masih belum bersedia menjalinkan ikatan series. Maksudnya sidia belum bersedia melamar korang dalam masa terdekat. Patung beruang bukankah seronok dipeluk pada waktu tidur!!! Jadi dia mahu mengenali diri korang dengan lebih dekat. Jadi pandai-pandai la ambik hati sidia jika korang mahukan sidia dalam hidup anda....
kroll


Kali ini saya nak paparkan satu gajet yang menark dan unik rekaan dia...
Idea untuk menghasilkan gajet yang unik semakin berkembang dengan ciptaan yang kreatif. Seperti gajit yang satu ni, ia boleh dikategorikan sebagai satu idea segar untuk pencinta muzik.
Sekali pandang nampak comel je gajet ni. Dua kali pandang pun comel jugak. Okey sebenarnya gajet yang bernama Live Jam 3 Pack ni adalah speaker yang dilengkapi dengan band lucu di atasnya. Ia kelihatan seperti sebuah band yang mana setiap satunya sedang bermain peralatan muzik keyboard, drum dan gitar.
Gajet yang unik unik ini juga dikeluarkan oleh Apple. Sama macam entri saya yang lps iaitu iPod Shuffle Braclet yang mempunyai reka bentuk yang kreatif serta unik.
Speaker ini mempunyai effect tambahan mengikut tiga jenis alat muzik tersebut dan lampu yang boleh dinyalakan ketika korang semua sedang mainkan lagu kegemaran korang dan terpulangla pd korang sama ada nak mengabungkan sekali atau dipisahkan, terpulangla kepada kreativiti korang sendiri.... Harganya...??? Okeyla boleh dimiliki oleh semua gologan lebih kurang RM100....
Semoga korang dapat la dengar live band korang kat rumah korang tu......
kroll

Mesti korang semua mempunyai webcam pada pc mahupun laptop korang..... Bagi sesiapa yang mengunakan laptop model baru semuanya telah dilengkapi dengan webcam.... Tak salah jugak untuk korang memiliki webcam yang aku paparkan buat entri kali ini....
Webcam USB memang dah banyak kat pasaran. Tapi webcam yang telah ada dipasaran tak dapat untuk mencabar webcam yang aku post kali ni. Minoru 3D Webcam, dengan design alien + robot, ia adalah webcam dengan kemampuan cam 3D yang pertama di dunia ni.
Kalau korang nak guna webcam ni, sure gempak punyalah beb...!!!!???? Tambahan pula bila online, dah tentu gambar korang yang terpapar di skrin monitor rakan korang tu berbeza berbanding sebelumnya. Maklumla 3D webcamla katakan......!!!!
Ia mudah digunakan, senang nak setting dan mempunyai kemampuan 3D yang menawan. Minoru bukan hanya sempurna untuk tampilan 2D, tapi ia memperkenalkan ilustrasi yang sempurna dalam hamparan 3D glasses.
Webcam ini sempurna untuk pengambilan 3D filem, gambar 3D dan berkeupayaan menampung kebanyakan instant messaging programme seperti Windows Live Messenger, Skipe, AOL, IM dan banyak lagi.
Apa yang menarik ialah kedua-dua mata monster Minoru akan bersinar, berfungsi untuk mengambil gambar di suatu ruang dan mencari posisi korang. Dan kemudian ia akan memindahkan effect 3D ke monitor. Cool kan...
kroll


Tahukah anda berapa angaran nilai sebuah potret....??? Mengikut riwayat sebenar, Monalisa adalah wanita bernama Lisa Gherardini, yang merupaka isteri kepada Francesco del Giocodo, seorang pembesar Florence, Itali suatu masa dahulu. Mona Lisa bermaksud, Madam Lisa. Bagaimanapun, apabila potret Mona Lisa siap dilukis pada tahun 1503, Francesco enggan membayarnya walau sesen punkepada Leonardo da Vinci sebab dia tidak sukakan lukisan itu. Malah, dia tidak ambil pun lukisan Mona Lisa itu.
Sepuluh tahun selepas itu, barulah lukisan itu dibeli oleh Francis I, raja Perancis ketika itu dengan harga 492 auns, iaitu kira-kira AS$300,000 kalau ikut nilai sekarang. Kini, potret yang dibenci oleh suami Monalisa itu bernilai lebih daripada USD100 juta.......Hoooo mahal tu....
Label: 2 ulasan | edit post