kroll

Tips untuk membeli roti Gardenia. Disini ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan dengan korang semua........ Apabila anda ingin membeli roti dimana-mana kedai atau pasaraya pernahkah korang terpikir yang roti korang beli tu masih lagi segar atau pun tidak....? Korang mesti inginkan roti yang segar betul tak...? Tahukah korang bila roti itu sampai ke kedai atau pun pasaraya.....? Roti yang sampai ke semua kedai atau pasaraya semuanya masih lagi segar-segar... Roti yang sampai ke kedai adalah 5kali dalam masa seminggu iaitu Isnin, Selasa, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Setiap roti yang sampai ke kedai atau pasaraya semua mempunyai berlainan twist tie.... Pernah tak korang perasan twist tie yang ada pada setiap bungkusan roti-roti tu...? Penah tak korag terpikir kenapa twist tie yang ada pada bungkusan roti tu semua nya berlainan warna....? Terdapat 5 warna kesemuanya dan ianya jugak mewakili hari....

Isnin - Biru

Selasa - Hijau

Khamis - Merah

Jumaat - Putih

Sabtu - Kuning

Jika hari ni adalah hari Khamis ia sepatutnya twist tie yang berwarna Merah dan bukanya twist tie yang berwarna Puith yang mewakili hari jumaat. Jika korang pegi ke kedai atau pasaraya untuk membeli roti korang boleh la lihat pada twist tie yang terdapat pada bungkusan roti tersebut dan korang dapat tahu sama ada ianya masih lagi baru atau sudah lama....

So korang dapat la menikmati roti yang segar pada hari yang korang beli... Nikmati la roti yang segar.....
Label: 0 ulasan | edit post
kroll
Pada August 7 , 2009

Pada jam 12:34 minutes dan 56 saat, pada 7th August yang lepas, masa dan tarikh akan menjadi

12:34:56 07/08/09
Dari angka 1 ke 9
1 2 3 4 5 6 7 8 9

Pekara sebegini tidak berlaku lagi dalam sejarah??!!!!
Label: 0 ulasan | edit post
kroll
Citer 1


Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci ..........
Label: 0 ulasan | edit post
kroll


Sekarang ni arena copying dah semakin canggih. One-Step DVD/CD Duplicator dari TEAK ni dapat memudahkan korang untuk melakukan proses ripping CD/DVD. Istimewanya, proses ripping dapat dilakukan tanpa connection dengan komputer korang.

Setiap proses ripping hanya memerlukan masa selama 6 minit dengan kelajuan 48xCD read speed atau 16xDVD read speed. Untuk DVD, duplicator ni sudah dilengkapi dengan semua platform.

Dengan internal buffer sebesar 8MB (2MB drive buffer), kemungkinan error pun dapat diminimunkan. Harganya sekitar RM800. Ha apa2 pun yang penting sekali jangan la korang salah guna alat ni dengan membuat CD/DVD cetak rompak.... Salah tu dari segi undang2.... Belilah yang ori....
kroll


Sekarang ni semua barang dah mengecik kan...?Dunia jugak nampaknya semakin mengecil jugak tapi bukan dunia reality, dah lumrah dunia teknologi sekarang ni, semakin kecil sesuatu gajet tu, makin trandy and cool la....betul tak? So samalah dengan Samsung UM10 Ultra Slim Mouse ni.

Kalau korang dah bosan dengan menggunakan mause yang berukuran besar, gajet yang satu ni menjadi alternatif untuk korang gunakannya. Ia hanya memiliki ketebalan 8mm iaitu sebesar lighter Cricket sahaja.....

Tapi kecil bukan sebarabg kecil tau sebab mouse ini mempunyai fungsi penuh yang sama seperti mouse yang biasa. Ada klik kiri, klik kanan, back, forward, right, left dan scroll pada satu tombol. Apa yang perlu korang lakukan hanyalah cucuk pada komputer korang.

Mesti ramai yang teruja punyalah. Korang boleh dapatkan trendy and cool mouse ni pada harga RM100 hingga RM150. Dah dapat korang enjoy la dengan menggunakan mouse yang ternipis ni.......
Label: 0 ulasan | edit post
kroll


Ini adalah Graphic card baru keluaran Nvidia..... Nvidia Corporation telah melancarkan graphic card siri terbaru, mainstream performence iaitu GeForce GTX 275. Sudah tentu graphic card ini akan menjadi persaingan sengit kepada Radeon HD 4890 iaitu graphic crad keluran Advanced Micro Diviced.

GeForce GTX 275 diperkuatkan oleh GPU G200b yang memiliki 240 shader processor berkecepatan 1404 MHz, 80 unit tekstur, 30 render back end dengan kelajuan 633 MHz dan interface memory 448 bit.



Ia juga dilengkapi dengan memory video GDDR3 bekapasiti 896 MB dengan frekuensi 2,328 MHz.

GeForce GTX 275 adalah pilihan terbaru graphic card keluaran Nvidia Corporation. Model yang sama sebelum ini ialah siri GTX 260. Kalau korang kat pasaran, harganya sekarang mencecah RM1,500. So kepada gamers di luar tu boleh la korang mencuba kehebatan GeForce GTX 275 ni....
kroll


Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:

"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M'sian Idol .. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama???? 'SURAU?., MASJID??., SURAU???"

p/s: FIKIRKANLAH

Thanks!
Label: , 0 ulasan | edit post
kroll


Bila korang dah siap melaram, jangan lupa pulak tonjolkan keseksian bibir korang tu... Sapulah gloss yang berkilat dan mengelip. Sesuailah kalau korang nak ke get together party dengan kawan-kawan korang atau ke parti untuk countdown tahun baru. Lipice Color Gloss ada dalam 3 pilihan warna iaitu Sweet Bean, Fresh Peach dan Summer Pink yang ditambah dengan micro glitter yang sesuai dipakai atas mana-mana jenis lipstick yang korang pakai dan yang penting tidak menjejaskan bibir korang sebab ia diperkaya dengan macadamia seed oil, aloe extract dan lonolin oil yang memastikan bibir korang sentiasa lembap dan lembut. Horang boleh dapatkannya dengan harga yang berpatutan iaitu RM12.90 je...... So kepada gadis-gadis remaja diluar sana tu boleh la korang mencubanya..... Serlahkan keseksian bibir korang......
Label: 0 ulasan | edit post
kroll


Tahukah korang asal usul jem....? Jem biasanya dinikmati bersama roti pada waktu pagi. Ramai yang mengjangkakan jem ni berasal dari Eropah. Tapi tahikah korang bahawa jem sebenarnya bermula dari rantau Timur Tengah. Asal usulnya bermula daripada buah yang diperamkan bersama madu lebah.



Dulunya, Timur Tengah agak gersang. Jadi untuk mengekalkan jangka hayat buah agar tidak busuk, penduduk Timur Tengah mengawetkannya dengan madu lebah. Kemudian, cara ini diperbaharui oleh masayarakat Greek dengan memperkenalkan " Fruit Butter " yang kemudiannya tersebar keseluruh Eropah. Memandangkan buah mudah hancur dan menjadi lesu. orang Eropah telah memperkenalkan teknik memasak buah bersama gula untuk disimpan di dalam botol. Lama-kelamaan ia dikenali sebagai jem.
Label: 0 ulasan | edit post
kroll


Apa pandagan korang jika aku cakap tak bagus minum minuman bergas...??? Ha aku baru dapat satu fakta yang menarik.... Ini adalah fakta yang perlu korang tahu yang kajian saintifik yang telah dilakukan oleh ahli sains kesihatan di USA dan Britain. Korang cuba cuci tandas korang dengan masukan setin minuman bergas dalam tandas dan biarkan selama satu jam dan kemudian flush. Korang tengok nanti apa akan berlaku kesan kotoran atau hampas akan hilang ini adalah hasil daripada tindakan acid citric yang berada di dalamnya. Ni boleh dijadikan bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis..... Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak....?????



Kalau korang nak hilangkan kesan karat dari bumper kereta yang jenis chrome korang pun boleh jugak gunakan minuman bergas ni. Korang lapkan bumper kereta korang dengan mengunakan aluminium foil yang dicelupkan kedalam minuman bergas tadi. Kesannya korang boleh lihat sendiri karat yang tebal menebal kat bumper kereta korang tu dan pun hilang..... Untuk menhilangkan kesan corrosion atau kesan hakisan pada skru, nat bateri kerata korang pun boleh jugak. Korang tuangkan je setin minuman bergas kat skru, nat bateri kereta korang tu, pasti kesan hakisan tadi akan hilang dengan serta merta. Korang jugak boleh menggunakan minuman bergas ni untuk melonggarkan skru yang dah lama berkarat dan yang dah ketat ( kira dah tak boleh nak buka la ) korang tuangkan setin minuman bergas atas skeru tersebut, pasti skru tu akan longgar dan dah boleh di buka.

Kesimpulannya, jangan la banyak sangat minum minuman bergas. Kalau tak percaya korang cuba la buat eksperimen diatas tadi di rumah korang....
Label: 1 ulasan | edit post
kroll
Kecil dan cantik, sekarang ni semua teknologi semakin mengecil kan.... Itu menandakan teknologi di dunia semakin berkembang malah, gajet yang kecil nampak lebih trandey dan mengikut peredaran masa dan zaman betul tak.... samalah dengan projektor Pico PK101 ni. Ia dicipta dengan saiz yang lebih kecil iaitu 10.5 X 1.4 cm dengan seberat 114 gram saja untuk memudahkan para penggunanya.



Kalau saiz tak bermakna skrin layarnya jugak kecil. Imej yang dipancarkan masih sama sperti biasa iaitu sehingga maksimum 40 inci lebar, cuma saiz body dikompakkan. Projektor Piko PK101 ni ada kelebihannya jugak. Korang boleh sambungkan dengan pelbagai gajet lain seperti kamera digital, Ipod video, camcorder atau apa-apa saja gajet yang ada output video semuanya korang boleh sambungkan ke projektor ni.



Batterynya pulak adalah jenis rechargeable dan ianya boleh bertahan sehingga satu jam setengah dengar tanpa henti. Ia juga dilengkapi dengan speaker 0.5 watt. Korang boleh lah dapatnya dipasaran dengan harga lebih kurang RM2000.00 sahaja.
Label: 0 ulasan | edit post
kroll
Produk dan gajet keluaran Brando memang menarik untuk diikuti perkembagannya. Kebanyakannya unik, kreatif dan penggunannya pelbagai fungsi. Salah satu gajet yang aku dapat dari produk Brando ni ialah Cooling Pad yang diberi nama Eitsa. Gajet yang menggambarkan keunikan. Eitsa ni bukan Cooling Pad biasa tau....!! Selain berfungsi sebagai pendingin laptop, ia jugak menjadi hub tambahan untuk laptop korang.... Kalau laptop korang tak cukup USB hub jangan risau kerana Cooling Pad ni ada USB hub tambahan untuk korang gunakan.



Cooling Pad ni jugak di lengkapi dengan Hard Drive Dock, jadi Cooling Pad ni tersedia untuk korang sambungkan dengan tiga pendrive dan Hard Drive yang berukuran 2.5 inci. Sesuai dengan penggunaannya.



Ia dijual pada harga lebih kurang RM50. Hermmmmm ok la dengan harga tu btl tak???? Semua ada tak ada kekuragan pun..... Gajet ni berdimensi 70mm X 70mm X 70mm untuk kipas dan 300mm X 252mm X 32mm untuk keseluruhan dan hanya seberat 504 gram sahaja.... Macam biasa la kalau dan guna Cooling Pad ni sama je dengan Cooling Pad yang lain cuma sambungkan pada laptop korang terus je boleh digunakan dah...... Best kan.....
Label: 0 ulasan | edit post
kroll


Ha pada sesiapa yang tengah marah tu korang boleh la senyum untuk hilangkan rasa marah korang tu... Rasa marah kan muka kita tengah bengis masa tu mesti korang tanya nape pulak nak senyum ketika marah kan...kan....kan.... Sebabnya otak kita semua terbahagi kepada tiga bahagian iaitu : batang otak yang berfungsi sebagai penghantar sensor dari pancaindera kita. Sistem limbik sebagai pusat emosional dan neokorteks sebagai pusat berfikir.

Teryata senyuman dapat menarik urat-urat saraf di sekitar mulut dan pipi korang yang dapat membuatkan bahagian batang otak menjadi dingin, sehingga mengliu dari reaksi impulsif. Jadi korang senyumlah ketika korang marah. Ia akan dapat mengurangkan kemarahan dan sikap baran korang.......

Senyum la ketika kita marah dan senyuman itu kan tandanya sedekah...... So kita happy selalu dan sentiasa tersenyum.....
kroll


Ini adalah jam tangan keluaran Rolex yang sangat anggun lagi menawan.... Kalau aku kaya pun aku tak pakai jam ni pun tak apa.... bukan apa nanti tak pasal-pasal tangan hilang..... tul tak....!!!?

Jam ini keseluruhannya bertahtakan berlian.... bahagian bulantan jam ini sahaja mempunyai lebih kurang 232 butir berlian 6.34 karat.... banyak tu... itu baru bahagian bulatan jam sahaja belun yang lain lg.... di bahagian pergelagan pulak ada lebih kurang 1749 butir berlian 18.02 karat... di bahagian dial pula ada 300 butir berlian 0.65 karat.... ini menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 2281 butir berlian kesemuanya...... bayangkan la banyak ke tak berlian yang di gunakan untuk membuat sebentuk jam tangan sahaja....

Jam ni berharga RM1,580,000.00..... mahal tu nak beli ferari pun dah boleh ni.....
Label: 0 ulasan | edit post
kroll
Lima perkara semua kita mahukannya dan kita berusaha untuk mendapatkannya......

1:Wajah yang cantik

2:Duit yang banyak

3:Kesihatan yang baik

4:Anak-anak yang cerdik dan berjaya macam kita

5:Tidur yang nyenyak tanpa gangguan

Untuk mendapatkan semua itu senang jer, hanya 50 minit setiap hari.

Sabda nabi saw,

Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak-anak yang bermanafaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.

Mari lah kita sama-sama renungkannya nak lakukannya dengan jujur dan seikhlas hati... Tiada yang lebih berkuasa dan maha kaya melainkan TUHAN yang satu...
kroll
Harap maaf kepada semua yang melawat blog aku.....aku kurang update sikit sekarang ni di sebabkan dengan kesibukan kerja.....tambahan pula sekarang ni aku dah xada lagi laptop kesayagan aku....huhuhuhu sedih rasanya.....

Akan aku update jugak blog aku ni cuma masa yang aku perlukan untuk mencari bahan2 yang lebih menarik.....apa2 pun terima kasih di atas kesudian korang melawat dan yang mengikuti perkembagan blog aku.....

Aku akan cuba sedaya upaya untuk update blog aku nanti......

i`m sorry.......
Label: 0 ulasan | edit post
kroll
1. Seperti anjing jantan dengan anjing betina.
Maknanya: Dua orang yang pantang bertemu… asyik nak beromen aje.

2. Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik jugak dia hinggap.
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu… kalau dia berenti…. akhirnya dia gerenti start balik punyer.

3. Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masuk ke sukan Olimpik.
Maknanya : Jangan macam bagus….pasal yang macam bagus tu selalunya tak bagus. jadi kena ler betul-betul bagus.

4. Biar putih tulang jangan putih muker.
Maknanya: Kalau surat beranak dah letak nama orang Melayu jangan berlagak nak jadi Mat Salleh pulak……be proud of what you are.

5. Seperti mencurah air ke jamban tersumbat
Maknanya: Kalau dah beribu kali flush pun bender tak clear jugak…..pergi panggil plumber jer…..or….kacau sampai hancur and try flushing again, another way is to kutip satu-satu dan buang tempat lain. (Eeee….. GELI)

6. Kalau tidak ada angin macam mana satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentotlah tu…

7. Seperti kacang lupakan nama.
Maknanya: Orang yang tak sedar diri….tak kenang jasa baik orang yang mula-mula mempopularkan dia.

8. Ada udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jangan sangka yang dok berdua kat tempat sunyi tu ada berdua jer….check betul-betul, mesti ada sorang lagi kat bawah ke….tengah ke…baring ke.Sapa lagi kalau bukan nates (SETAN LA)wakakaka

9. Biar mati anak jangan mati pucuk
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak?

10. Sudah jatuh ditimpa piano
Maknanya: Nasib malang yang tak agak-agak.

11. Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.
Maknanya: ….Maknanya, …..Maknanya, jangan nak tersengeh-sengeh kat depan PC… pi buat kerje skarang!
kroll


Sebuah speaker yang boleh tahan sengat ni....Sesuai dijadikan sistem audio ketika menonton filem-filem aksi. Kalau korang nak tahu inilah sebuah speaker OMNIPOLAR  ( penghasilan kesan bunyi 360' ) yang terkecil di dunia buat masa sekarang ni. Speaker ini sama hebat seperti keluaran popular diorang Omnisat dan Omnisat Micro, cuma kali ini ia lebih kompak dan padat. Jadi aku jamin kalau korang layan speaker ni gerenti jelas korang dapat dengar, tapi jangan sampai jiran-jiran korang tu serang rumah korang dah la...... Harganya jugak boleh tahan hebatnya..... Harganya ialah RM3041
Label: 0 ulasan | edit post
kroll


Ini kasut untuk korang yang tidak memerlukan kasut bereka bentuk stylo. Ia diperbuat dengan kulit sepenuhnya untuk mencapai tahap ketahanan yang lebih lama. Terdapat 2 warna sederhana yang boleh dijadikan koleksi. Dengan adanya teknologi 3D Tarsion, ia mampu membuatkan tapak tengah kaki korang berasa selesa apabila korang mengunakannya. Rasanya dengan harga yang ditawarkan korang mampu memilikinya. Harga dia ialah RM239 jer.....
Label: 0 ulasan | edit post
kroll



Cun tak MP3 player ni....? Ha.... ni made in japan punya MP3 player. Bukan saja cantik dari segi penampilannya, tapi fungsinya juga special berbanding MP3 player yang lain. Kalau korang suka mendegar lagu ketika madi, apa kata korang beli 1 produk ni. Nak bawa masuk dalam bathroom...? No problem sebab MP3 player ni kalis air atau waterproof. Setakat terkena percikan air mandian pun tak ada masalah, malah kalau nak rendam dalam kolam pun ia masih lagi berfungsi seperti biasa. Jadi anda taklah boring lagi kalau pergi swimming seorang diri sebab gajet ini bersedia menjadi peneman setia anda.

Dilengkapi dengan navigator layar LED dan ia dapat bertahan sehingga 12jam memutar lagu tanpa henti dengan hanya mengunakan 3 biji bateri biasa. Tapi sayang....... Harganya masih lagi mahal dipasaran sekarang..... Harganya ialah RM500.....
Label: 0 ulasan | edit post